Friday 27 January 2023

Kita Ialah Apa Yang Kita Cari, Setiap Amalan Bergantung Pada Niat


Kita Ialah Apa Yang Kita Cari, Setiap Amalan Bergantung Pada Niat

Kita ialah apa yang kita cari


Kalau dalam bahasa Inggeris disebut, "You are what you seek" yang bermaksud kita ialah apa yang kita cari.


Jika kita mencari ilmu maka kita ialah seorang penuntut ilmu. Jika kita mencari duit untuk membiayai hidup maka kita ialah seorang pekerja.


Jika kita seorang yang mencari kuasa, kita ialah ahli politik.


Jika kita ialah seorang yang mencari pahala, maka kita ialah ahli ibadah.


Kerana itu tidak pelik ada orang yang ke Mekah tetapi menemui pusat pelacuran dan ada orang yang ke Amerika pula menemui masjid dan hidayah.


Terpulang pada apa yang kita cari...


إذا صدق العزم وضح السبيل

.... Jika benar keazaman untuk mendapatkan sesuatu maka pasti akan terbuka jalannya...


Justeru ada insan yang ke pasaraya namun yang dicarinya ialah kedai buku atau surau untuk beribadah kepada Tuhannya. Dan ada insan ke masjid dan rumah-rumah ibadah, namun yang dicarinya ialah habuan dunia.


Benarlah sabda Rasulullah salallahualaihiwassalam;


إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى


`Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang dibalas menurut apa yang dia niatkan...'


[HR. Al-Bukhari dan Muslim]


Kredit 

#UstazEmranAhmad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment