Friday, 20 January 2023

Jawapan Nabi Ibrahim Apabila Di Ajak Menyertai Perayaan Kaumnya Yang Kafir


 Jawapan nabi Ibrahim alaihissalam apabila di ajak menyertai perayaan kaumnya yang kafir.


فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٞ


Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".


-Surah As-Saaffat, Ayah 89


Sedangkan Nabi Ibrahim alaihissalam tidak sakit secara fizikal ketika itu, tetapi untuk mengelakkan diri daripada menyertai perayaan kaumnya yang kafir, baginda menggunakan uslub tauriyah dan ta'rid.


Iaitu menggunakan satu perkataan pelbagai makna agar difahami oleh pendengar dengan suatu makna , sedangkan yang mengucapkannya hendak maksudkan makna yang lain.


Pelbagai pendapat tentang apakah yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam, antaranya Aku sakit hati, aku akan sakit dengan kesakitan maut, aku akan sakit dan lain-lain lagi.


Tapi point yang paling utama:


NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM MENGELAK MENYERTAI PERAYAAN ORANG KAFIR


Dan yang menarik, Nabi Ibrahim alaihissalam ketika itu DIA SEORANG SAHAJA YANG BERIMAN.


Ayahnya juga Kafir.


Tetapi baginda tidak menggunakan alasan-alasan tersebut untuk menyertai pesta orang kafir.


Dan yang menarik lagi, doa iftitah yang kita selalu baca dalam solat "sesungguhnya solatku,  ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Tuhan sekalian alam" adalah juga doa nabi Ibrahim di dalam Al-Quran:


قُلۡ إِنَّنِي هَدَىٰنِي رَبِّيٓ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ دِينٗا قِيَمٗا مِّلَّةَ إِبۡرَٰهِيمَ حَنِيفٗاۚ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".


قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


لَا شَرِيكَ لَهُۥۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ


Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".


-Surah Al-An'am, Ayah 161-163


Agama dah jelas, cuma kita sahaja perlu belajar...


Wallahu alam.


Kredit 

#AbuAsmaYunusZainal

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment