Selamatkan Diri Dan Manusia Lain Dari Kesesatan Dengan Belajar Agama
PESANAN MAULANA ASRI ( MMAY ) HAFIZAHULLAH BUAT PELAJAR AGAMA
“ Benda yang kita belajar ni ( al-Quran dan as-Sunnah ) adalah suatu yang sangat istimewa. Sesuatu yang sangat berharga.
Walaupun tidak mendapat apa-apa tawaran dan jaminan berupa harta kekayaan, namun yakinlah belajar al-Quran dan as-Sunnah ni dapat menyelamatkan diri dan juga manusia lain dari kesesatan. Ini lebih mulia dari segala-galanya.
Cuba kita lihat, berapa ramai orang kafir yang belum memeluk agama Islam lagi. Berapa ramai lagi orang Islam yang mahu keluar dari Islam. Semua masalah ini boleh diselamatkan oleh kita, yang mendalami ilmu agama.
Bayangkan jika seorang sahaja orang kafir mendapat petunjuk kerana kita.
لأن يهدي الله بك رجلاً خير لك من الدنيا وما فيها
“ Kalau Allah SWT beri hidayah kepada seorang sahaja kerana kita, ia lebih baik dari dunia dan seisinya “
Dunia dan seisinya, bukan sekeping tanah, bukan 10 keping tanah, bukan 10 ekar. Bukan gaji 4 atau 5 ribu. Bahkan kita mendapat ganjaran dunia dan seisinya.
Sebab itulah, orang-orang bersemangat belajar agama, kerana mereka faham benda-benda beginilah. Mereka tahu besarnya pahala.
Tambah lagi, Allah SWT hadirkan orang-orang kafir, orang-orang sesat, kerana Dia SWT nak beri pitih ( duit ) berupa pahala kepada kita.
Sepertimana adanya pesakit, memberi pahala kepada doktor-doktor yang merawat. Begitulah juga adanya orang-orang sesat, memberi pahala kepada orang yang belajar agama “
- Maulana Muhammad Asri Yusoff hafizahullah, 2003
Kredit
#AmirFathy
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment