Friday 23 November 2018

Jauhi Sikap Al Kibru (Sombong) Apa Kata Nabi?

Jauhi Sikap Al-Kibru!

Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
((لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ)) قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ: ((إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ)) رواه مسلم.

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya (ada) sifat sombong (walaupun) sebesar biji sawi.”
Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?”
Nabi s.a.w menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan".
Maksud sombong (Al-Kibru) adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Hadis ini berupa larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta menolak kebenaran” [Syarah Sahih Muslim]

Kata AAM:
Berhati-hatilah kita dengan sifat yang tercela ini, bila orang bagi nasihat, dengarlah dan perhatikan apa maksud yang hendak disampaikan. Bukan melenting tak tentu fasal, sehingga setiap nasihat dianggap perli atau suatu yang pelik bahkan kawan sudah dikira lawan...

Sikap sebegini menambahkan ketaksuban kepada pandangan sendiri atau kepada idola yang dipuja dan dipuji, orang lain usah dipeduli.

#AAM, 21/11/2018.


No comments:

Post a Comment