Friday 16 November 2018

Kehidupan Kita Berbeza Wahai Sahabat

Kehidupan Kita Berbeza Wahai Sahabat

1. Kita semua berbeza dalam menjalani kehidupan. Kita selalu judge kehidupan seseorang itu berdasarkan sudut pandang kita. Tanpa kita mengetahui kehidupan yang dilalui oleh orang tersebut. Duduklah di tempatnya dahulu merasai peritnya derita sebelum kita hendak menilainya.

2. Kita tidak duduk dan merasai apa yang dihadapi oleh orang itu, kita tidak tahu apa yang tersemat dalam hati dia, apa yang dilaluinya pada tiap-tiap hari dalam kamus kehidupannya.

3. Dalam قصص من حياة الصحابة , ada gabenor yang bernama Said Ibn Amir  yang dilantik oleh Saidina Umar. Kemudian Umar mendapat report dari orang ramai tentang masalah gabenor ini. Orang lapor pada umar kesalahannya.

Masalah yang pertama:

- Dia ini selalu lambat datang kerja (lewat keluar rumah)

Masalah kedua:

- Dia ini susah bergaul dengan orang di waktu malam.

Masalah ketiga:

- Dia suka pengsan (lemah)

Masalah Keempat:

- Ada hari tertentu dia ponteng tidak datang berkhidmat bekerja (menjalankan kerja)

4. Setelah Umar dengar aduan ini, Umar tidak terus marah Said. Tetapi dia bertanya terlebih dahulu minta penjelasan. Ini sikap yang perlu kita contohi. Tanya pada tuan empunya badan terlebih dahulu berbanding terus serang berdasarkan cerita dan laporan orang lain.

5.  Kemudian Umar minta penjelasan, kenapa dia susah nak bergaul berjumpa orang di waktu malam. Jawab said:

Sesungguhnya, Demi Allah, aku tidak suka untuk beritahu ini pada orang ramai asalnya.

"Ya Amir al- Mukminin, sesungguhnya seluruh siangku aku habiskan untuk berkhidmat kepada manusia, apalah salahnya aku menghabiskan malam untuk berkhidmat kepada Allah pula.”

6. Kemudian Umar bertanya lagi, kenapa selalu keluar rumah lewat (datang kerja lewat):

Sa’id terdiam sebentar, kemudian berkata:

Demi Allah, sebenarnya aku tidak ingin menjawab hal itu

"Begini, aku tidak ada pembantu rumah, jadi setiap pagi aku akan menguli tepung untuk membuat roti untuk makanan keluargaku,selesai itu aku berwuduk dan baru keluar rumah menemui penduduk"

7. Kemudian umar bertanya lagi, kenapa ada hari tak keluar rumah (tidak bekerja):

"Benar Ya Amir al-Mukminin, Dan aku tidak mempunyai baju kecuali yang aku pakai ini, dan aku mencucinya sekali dalam sebulan. Dan pada hari aku basuh baju ini, aku menunggunya hingga baju itu kering, kemudian aku keluar menemui mereka pada petang hari. (dia hanya ada satu baju saja)

8. Demikianlah kehidupan, hakikatnya kita hidup dalam keadaan yang mana berbeza antara satu sama lain. Kita tidak akan dapat merasai derita, duka atau musibah yang dihadapi oleh seseorang, selagi mana ia tidak menimpa kita. Oleh sebab itu, berfikir lah sejenak, sebelum kita judge kehidupan orang lain tanpa kita merasai kesusahan yang dihadapinya. Kehidupan kita berbeza wahai sahabat.

- Ustaz Amir Farhan


No comments:

Post a Comment