Monday 12 November 2018

9 Bahaya Hutang Menurut Ajaran Islam

9 BAHAYA HUTANG MENURUT AJARAN ISLAM

Para penghutang yang SENGAJA mengelak hutangnya sekecil manapun ia, padahal dia mampu melunasinya, maka dia akan menanggung dosa dan ancaman berikut:

1) Ketika di dunia, hidupnya tidak pernah merasa tenteram dan bahagia kerana jiwanya sentiasa resah dan gelisah. Di mana sahaja dia berada, dia merasakan seakan-akan ada saja yang mengejarnya.

2) Para penghutang terdedah kepada sifat orang-orang munafiq kerana sering berdusta dan memungkiri janji. (Sahih al-Bukhari, no: 832)

3) Apabila mati kelak, roh orang yang berhutang akan tergantung di antara langit dengan bumi sehinggalah hutangnya dilunasi. (Sunan Ibnu Majah, no: 2143)

4) Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w enggan menyolatkan jenazah orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutangnya. (Sunan Abu Daud, no: 3343)

5) Dosa hutang termasuk salah satu dosa yang menghalangi seseorang daripada memasuki syurga sekalipun dia mati sebagai seorang yang syahid. (Sahih Muslim, no: 1885 dan 1886)

6) Pada hari kiamat kelak, para penghutang akan menjadi manusia yang muflis kerana segala pahala amal kebaikannya akan diserahkan kepada orang yang memberinya hutang. (Sahih Muslim, no: 2581)

7) Para penghutang akan menghadap Allah dengan membawa status sebagai seorang pencuri. (Sunan Ibnu Majah, no: 2410)

8) Para penghutang juga dikategorikan sebagai orang-orang yang zalim. (Sahih al-Bukhari, no: 2287)

9) Para penghutang terdedah kepada doa orang yang dizaliminya kerana doa orang yang dizalimi akan dipenuhi oleh Allah. Maka dibimbangi orang yang dizaliminya mendoakan keburukan ke atas dirinya. (Sahih al-Bukhari, no: 1496)

- Hairi Nonchi


No comments:

Post a Comment