Jeff Bezos menjangkakan Amazon akan bankrup suatu hari nanti.
.
Kebanyakan syarikat gergasi mempunyai jangka hayat lebih kurang 30 tahun sahaja. Jarang syarikat yang mampu bertahan lebih 100 tahun.
.
Jeff Bezos memberitahu matlamat beliau adalah untuk melengahkan kejatuhan Amazon.
.
Satu-satunya cara untuk melengahkan Amazon daripada jatuh adalah dengan fokus kepada kehendak pelanggan.
.
Kehendak pelanggan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Nokia dulu pernah menjadi pemacu industri telefon bimbit di dunia dan kini Nokia telah gagal apabila pengguna berubah kepada telefon pintar.
.
Jangan terlampau selesa dengan apa yang kita ada. Bersedia untuk berubah mengikut peredaran semasa.
- Wan
Friday, 16 November 2018
Amazon Akan Bankrup Suatu Hari Nanti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment