Friday 23 November 2018

Jangan "Skip" ketika Menulis, Kenapa?

Jangan “skip” ketika menulis !!
.

Ketika menulis sesebuah buku terutamanya buku ilmiah yang bersifat menyelesaikan masalah bukan sekadar memenuhi rak di kedai buku, biasanya kita akan berhadapan dengan bahagian atau perkara-perkara yang sukar. Sukar dihadam dan sukar diterangkan.
.
Kesukaran ini disebabkan banyak faktor. Antaranya penulis masih lagi anggur putik yang cuba dipetik,  sumber yang ada tidak menerangkan, sumber yang ada terhad, keterangan di dalam sumber yang ada “merapu” atau dengan bahasa kasarnya tidak ada sumber untuk “dicuri” dengan berkesan.
.
Dalam keadaan ini jika penulis masih lagi seorang yang mempunyai deria rasa walaupun tak tahu memasak dia pasti tahu yang itu adalah ruang kosong yang perlu diisi atau masalah yang harus dirungkai.
.
“Memang ingin selesaikan tapi masalahnya otak sudah kering dipulas tetapi masih tidak dapat selesaikannya juga.” “Habis tu apa engkau nak buat?”  
.
“Lompat ke bahagian lain yang lebih mudah dan membiarkan perkara itu tidak diselesaikan atau gugurkan sahaja bahagian tersebut dari buku.” Kalau ini yang dilakukan maka kamu hanya “penyemak” [ Ikut suka “e” nak baca macam mana ] yang dambakan buku diterbit mengusung nama kamu ke sana ke mari tapi tidak ada apa-apa yang dibuat melainkan membahaskan perkara-perkara yang sebenarnya bukan satu masalah pun atau telah dibahaskan barangkali dengan lebih baik oleh puluhan buku lain.
.
Apa yang patut dibuat adalah terus hidup dengan masalah tersebut tak kira berapa lama tempohnya sehinggalah kita menemui jawapannya. Sentiasa berfikir, berfikir dan berfikir. Apabila dapat jawapan, hidup pula dengan jawapan tersebut buat satu tempoh sehingga benar-benar matang kemudian barulah tulis.
.
Jangan “skip” !! Jangan “delete” !! Biarkan ia menjadi kajian kita walaupun mengambil masa yang lama. Jangan gopoh membuat kesimpulan. Jangan hanya gemar membahaskan persoalan-persoalan mudah kerana biasanya persoalan-persoalan mudah itu bukanlah satu masalah pun. Kalau sukar bagi penulis maka ia sudah tentu sukar bagi ramai orang. Jadi wakafkanlah diri untuk kesenangan orang lain. Cari jawapan dan bentangkan. -Ashafirzol Ab Hamid


No comments:

Post a Comment