Friday 23 November 2018

Movie Tunjuk Muslim Sebagai Pengganas?

MOVIE TUNJUK MUSLIM SBG PENGGANAS.

1. Sebenarnya tidak sukar untuk memahami kenapa ramai orang Islam begitu sensitive terhadap movie yg memaparkan muslim sebagai pengganas walaupun sebenarnya memang ada segelintir yg terjebak.

2. Bayangkan sewaktu zaman Tun M menuduh DSAI terlibat dgn kesalahan liwat. Ada sebahagian masjid yg khutbahnya menggunakan tajuk Liwat dan segala dosa, hukuman dan azab terhadap pesalah liwat. Berasap penyokong DSAI ketika itu menahan perasaan mereka, walaupun khatib hanya mengulas ayat Quran, hadis dan pendapat ulama. Walaupun nama DSAI langsung tidak disebut di dalam khutbah itu, tetapi itu sudah cukup untuk menaikkan kemarahan mereka.

3. Bayangkan ketika zaman Tun M disumpah seranah sebagai Maha Firaun. Ada sebahagian masjid yg khutbahnya berkisar tentang kekejaman Firaun dan kediktatorannya. Penyokong Tun M berasa bahawa khatib sedang menyindir pemimpin kesayangan mereka.

4. Bayangkan ketika Tun M berkrisis dgn raja-raja Melayu. RTM ketika itu menyiarkan filem melayu berkaitan kezaliman raja zaman dahulu. Apa niat RTM kita tidak mengetahuinya secara pasti. Tetapi yg pastinya adalah ia dilihat sebagai satu sindiran kepada raja-raja Melayu.

5. Semata-mata memaparkan segelintir orang Islam menjadi pengganas, asalnya, bukan isu besar jika kena pada tempat dan masanya. Tetapi jika ia disiarkan ketika Islam dan umat Islam sedang diserang segenap penjuru, ketika bilangan kanak2, wanita dan orang tua beragama Islam yg terbunuh akibat keganasan musuh Islam jauh lebih ramai daripada orang Islam yg menjadi pengganas. Maka ia secara langsung atau tidak langsung adalah satu perbuatan provocative terhadap perasaan umat Islam.

6. Tidak pernahkah kita bertanya kenapa banyak adegan filem yg memaparkan Islam sebagai ganas berbanding sebagai mangsa keganasan? Adakah ini hanya kebetulan atau sememangnya jarum halus?

- Ahmad Jailani Abdul Ghani


No comments:

Post a Comment