Jenis 1:
Berdoa 'kepada' Allah 'untuk' si mati di kubur.
Cth: Ya Allah Ya Rahman, ampunilah almarhum fulan bin fulan.
Hukum: Sunnah yang digalakkan.
Point penting: Doa tuju kepada Allah. Doa itu ibadah. Ibadah hanya ditujukan kepada Allah.
Jenis 2:
Berdoa 'kepada' Allah, di sisi kubur wali fulan dengan kepercayaan bahawa doanya lebih makbul disisi kubur wali tersebut.
Cth: "Ya Allah, dengan berkat kubur wali fulan bin fulan, kurniakan aku isteri yang cantik lagi solehah"
Hukum: Bidaah. Tetapi tidak jatuh syirik. Namun ia jalan kepada syirik.
Point penting: ibadah doa masih ditujukan kepada Allah- tidak syirik.
Berkat kubur- tidak ada dlm ajaran Nabi, maka bidaah.
Jenis 3:
Berdoa terus 'kepada' si mati di kuburnya dengan kepercayaan si mati boleh mengurniakan permintaannya atau percaya si mati akan menyampaikannya kepada Allah.
Contoh:
"wahai wali fulan bin fulan, kurniakan aku anak. Aku dah 10 tahun kahwin, takda anak"
Hukum: syirik akbar (besar), penyebab kepada terkeluarnya seseorang dari Islam.
Point penting: disini ibadah doa ditujukan kepada makhluk. Ibadah apabila ditujukan kepada selain Allah, maka menyebabkan syirik.
Dalil:
إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ ۚ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya.
Surah Fathir.ayat 13.
Wallahu a'lam.
- Abu Asma' Yunus Zainal

No comments:
Post a Comment