Sunday, 3 January 2016

Berdakwahlah Mengikut Kemampuan

Berdakwahlah Mengikut Kemampuan.

Setiap orang memiliki kemampuan, ruang dan potensi yang berbeza dalam menyampaikan agama Allah kepada manusia.

Ada orang yang memiliki kefasihan dalam menyampaikan ceramah agama, namun dia tidak memiliki kemampuan dari segi material dan kemahiran menulis buku-buku ilmiah.

Ada orang tidak mampu menyampaikan Islam melalui pena dan lisannya, tetapi dia memiliki kemampuan dari sudut harta dan kewangan.

Ada pula yang tidak memiliki kesemua di atas akan tetapi dia memiliki semangat yang tinggi untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain.

Siapa pun kita dan di mana jua kita berada, sampaikanlah Islam sesuai dengan kadar kemampuan yang kita miliki.

Tak mampu dengan harta, lisan dan tulisan, memadai menzahirkan amal dan akhlak Islami kepada orang ramai kerana ia juga aset penting dalam berdakwah.

Sama-samalah kita bersatu meninggikan kalimat Allah di muka bumi dengan kemampuan, ruang dan potensi yang Allah berikan kepada diri masing-masing.

Kuatnya umat Islam adalah kerana perpaduan dan ikhlasnya mereka dalam mengagungkan syiar agama Allah 'Azza wa Jalla.

Wallahu a'lam.

- Mohd Hairi Nonchi


No comments:

Post a Comment