Sunday, 10 January 2016

Yasin malam Jumaat & Mazhab Syafie

Yasin Jumaat, Mazhab Syafi'e & Hak Mensyariatkan Ibadah.

Jika sekadar membaca surah Yasin TANPA mengiktikadkan ia disyariatkan pada malam Jumaat, maka itu tidak mengapa. Orang yang membaca al-Quran, surah apa pun dan pada waktu apa pun, in shaa Allah dia mendapat pahala.

Apa yang menjadi permasalahan di sini ialah keyakinan sebahagian orang bahawa pengkhususan amalan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat itu adalah disyariatkan di dalam Islam. Padahal tidak ada satu hadis pun yang sahih mengenainya.

Demikian juga, tidak ada seorang pun dalam kalangan imam mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah, termasuk pengasas mazhab kita, Imam Asy-Syafi'e yang mengamal, mengajar dan menganjurkannya.

Ketahuilah, hak untuk mensyariatkan suatu amalan dalam Islam dan yang berhak memberikan pahala serta kelebihan amalan itu ialah Allah sahaja. Semua bentuk amal yang disyariatkan oleh Allah hanya dapat diketahui melalui al-Quran dan as-Sunnah NabiNya yang sahih.

Justeru, sesiapa yang menyatakan suatu amalan perlu dibuat dengan tatacara, hari dan dengan bilangan tertentu serta mendakwa ia memiliki kelebihan tertentu, hendaklah dia bentangkan bukti dari al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.

- Cikgu Hairi


No comments:

Post a Comment