Cabaran
Pengurusan Bakat, Bagus Pelaksana Namun Tidak Bagus Sebagai Pemimpin
Pada 1998 Perancis menjadi Johan piala Dunia, dalam perlawanan akhir yang mendebarkan itu Perancis membenamkan Brazil 3 - 0. Perancis jadi tuan rumah pada tahun tersebut.
20 tahun kemudian pada 2018 Perancis sekali lagi menjuarai piala dunia dengan mengalahkan Croatia 4 - 2. Perlawanan akhir itu berlangsung di stadium Luzhniki - Moscow.
Pada 1998 Didier Deschamps adalah ketua pasukan Perancis dan pada 2018 beliau pula adalah ketua jurulatihnya.
1. Pembaziran paling besar dalam syarikat yang saya pernah lihat bukanlah pembaziran kewangan atau bahan mentah...tapi pembaziran bakat.
2. Dalam dua buah syarikat yang saya pergi ada 2 orang sales manager yang gagal, namun semasa menjadi sales executive, mereka bawa "sales" yang bagus pada syarikat.
3. Cabaran utama dalam menguruskan pekerja adalah cabaran pengurusan bakat, ada yang bagus sebagai pelaksana namun tidak bagus sebagai pemimpin, namun sebab mereka ada "result", mereka kemudian dinaikkan pangkat.
4. Syarikat harus mempunyai perancangan khas untuk orang seperti ini. Mereka tolong majukan syarikat semasa diawal penubuhan, mereka "performance" , mereka setia..cuma mereka ini kurang bakat dalam kepimpinan.
5. Jika tidak di naik pangkat mereka terasa hati dan mungkin membawa pengalaman yang ditimba ke syarikat lain jika dapat tawaran lebih baik.
6. Tidak semua pekerja ada kemampuan jadi seperti Didier Deschamps, mampu bawa negaranya menjuarai piala dunia semasa jadi pemain dan mampu juga bawa negaranya juarai piala dunia semasa jadi jurulatih.
Universiti Realiti
Adli Azamin Shukri
Foto : Didier Deschamps di dua piala dunia.
Kredit
#AdliAzaminShukri
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment