Panggilan Teragung, Jaga Waktu Solat!
Saya perasan ini 20 tahun dulu, cabaran utama bekerja dengan syarikat non muslim bukan untuk hit sales target, tapi untuk hit supaya tak tertinggal solat.
Kalau kerja dalam ofis mungkin ok, saya kerja visit stokis, jadi asyik ke hulu kehilir je kerjanya, ASM (Area Sales Manager) semua Cina dan polisi syarikat pula keluar out station mesti berdua.
Ingat lagi trip pertama saya dari Teluk Intan ke Ipoh, saya minta ASM turunkan saya dekat masjid tepi jalan, untuk solat zohor, dia berhenti, tapi masa masuk balik kereta, moodnya dah nampak lain. Jarak tu tak sampai 2 marhalah, jadi tak boleh jamak qasar.
Saya belajar dari pengalaman pertama itu dan kemudian buat ini :
1. Bawa sejadah, bawa kompas, check tiap stokis mana arah kiblat, kenal pasti tempat solat.. selalunya saya dapat dekat stor, celah - celah kotak.
2. Solat lepas habis kerja, jangan solat masa baru sampai, itu mungkin boleh buat orang beprasangka pada kita.
3. Kalau perjalanan tu jauh check servis trip schedule, so kita tahu di stokis mana nak solat jamak takdim dan di stokis mana kalau nak solat jamak takhir.
4. Mereka pernah tanya...saya perlu solat 5 kali sehari ke...saya kata ya..."you bagi saya masa untuk solat , masa yang lain you punya" ..kata saya.
5. Lepas itu dia nak habis kerja pukul 12 malam ke, nak lunch pukul 4 petang ke nak breakfast pukul 11 pagi ke...saya diam saja, tapi masa saya pula mahu pergi solat dia pula perlu diam.
6. Akhirnya satu hari masa dalam kereta nak out station, bos tanya "you mahu sembahyang sekarang atau petang nanti " ( jamak takhir). Petang nanti... jawab saya ringkas, dalam hati kata ohhh faham dah dia...
7. Lepas tu saya jarang sembahyang dekat tempat stokis lagi, mereka hantar saya ke kawasan masjid dan tunggu dalam kereta.
8. Untuk hit sales target tak susah, untuk bekerja dengan bangsa asing pun tak susah, nak bagi mereka faham tentang amalan agama kita, itu ada susah sikit, sebab kita perlu sabar, kita perlu hormat budaya kerja mereka dulu, kemudian insyaallah mereka pula akan hormat kita .
9. Bagi yang bekerja dengan founder muslim, out station dengan rakan sekerja muslim dan stokis pun semua muslim, janganlah tinggal solat...apa nak jawab di sana nanti.
10. Saya ingat mereka tak suka saya... rupanya terbalik, ASM Zon Sabah & Sarawak pula nak saya jaga sana, jadi saya kemudian ada dua orang ASM, sorang ASM untuk cover Perak, Penang, Kedah, dan dengan sorang lagi pegi cover Sabah dan Sarawak, berpeluh...
11 Tapi prinsipnya masih sama, masa solat saya punya, masa yang selebihnya company punya. Sesibuk mana pun kita carilah masa untuk solat, selagi peluang untuk solat itu masih dibukakan tuhan buat kita, kerana panggilan untuk mendirikan solat adalah panggilan yang teragung.
Universiti Realiti
Adli Azamin Shukri
Foto : Solat adalah kompas kehidupan. Bawah : Mekah sebelum dan selepas Covid.
Kredit
#AdliAzaminShukri
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment