Tuesday, 25 August 2020
Falsafah & Teknik Utama Gerakan New Age oleh Ustaz Noor Deros, Jom Baca!
Istidraj bukan saja pada harta, tapi ilmu dan hati keras juga!
Teknik Membaca Pantas yang Wajib kita Tahu!
7 Wasiat Nabi s.a.w kepada Abu Dzar al-Ghifari, No 6 paling kena ingat!
Apa Reaksi Orang Soleh bila melihat Penampakan Syaitan?
Orang Soleh yang sombong jadi Muflis di Akhirat! Apa kata Nabi?
Suka Membaca dan kenapa kita perlu Menulis?
Berbuallah dengan diri sendiri dengan Membaca :)
Thursday, 20 August 2020
Kelas Motivasi Bisnes Wujud Jarum Halus New Age Movement?
==========================
Mungkin sahabat-sahabat dah baca perkongsian saya tentang pengalaman mengamalkan 'positive affirmations' dalam post ini - https://rb.gy/46tby5
Affirmation sebenarnya adalah salah satu proses untuk memanifestasi apa yang kita mahukan menurut Law of Attraction.
Terbaru, saya dapat tahu ada motivator muslimah sangat terkenal juga promosikan ilmu ini. Beliau juga turut keluarkan tudung dan baju dengan ayat-ayat positif kerana menurutnya jika pakai tudung tersebut akan menarik perkara-perkara positif.
Persoalannya - BENARKAH INI? APAKAH ASASNYA?
Saya kongsikan di sini input dari Ustaz Mohd Noor Derus dalam videonya berkaitan LOA (salah satu cabang ajaran New Age Movement dalam seminar-seminar motivasi).
Secara ringkasnya LOA ini secara tak langsung menyatakan bahawa -
Whatever you want - YOU CAN GET.
Apa saja kita nak, KITA BOLEH DAPAT.
What the mind can conceive, the mind can achieve.
Apa saja minda boleh bayangkan, minda boleh capai.
"There isn't a single thing that you cannot do with this knowledge. It doesn't matter who you are or where you are.
THE SECRET can give you whatever you want."
(The Secret, Rhonda Byrne, p.xi)
"You ask from the Universe, the Universe will respond."
"Likes attract likes."
"You positif, you akan dapat positif."
"You negatif, you akan dapat negatif."
Pelik kan?
Cuba kita renung kembali, Rasulullah SAW sendiri dilontar batu, berdarah mulutnya - adakah Baginda SAW ini negatif?
"Positive mindset - jangan negatif langsung"
Rasulullah SAW pernah marah - tapi tentulah kasih sayangnya lebih dari marahnya. Namun ini tidak menafikan Baginda SAW pernah marah.
Rasulullah SAW pergi perang - adakah Baginda SAW negatif?
Rasulullah SAW mengkritik perkara-perkara yang baginda SAW klasifikasi sebagai negatif - adakah Baginda SAW negatif?
Ini persoalan yang kita perlu tanya diri kita dahulu sebelum mempercayai dan mempraktikkan ilmu LOA ni. Jangan main ikut saja.
Dengar POSITIVE MINDSET, positif semuanya ni memang kedengaran manis, seronok dan sangat bagus.
Tapi dari mana asasnya kepercayaan ini?
"The law of attraction is the law of creation...You create your life through your thoughts." (The Secret, Rhonda Byrne, p.15)
"With this powerful knowledge, you can completely change every circumstance and event in our life..." (The Secret, Rhonda Byrne, p.17)
"You are the master of the Universe. You are the heir to the kingdom. You are the perfection of LIfe. And now you know the Secret." (The Secret, Rhonda Byrne, p 183)
Persoalan penting kita sebagai seorang muslim -
Di manakah peranan Allah dalam kepercayaan ini?
Kemudian, ilmu LOA datang dalam seminar motivasi di negara kita, dan diIslamisasi menggunakan justifikasi sebuah hadis qudsi yang dipetik di luar konteks -
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Aku berada pada persangkaan hamba Ku kepada Ku.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7505]
(Rujuk penjelasan sebenar hadis ini di sini - https://web.facebook.com/MohdMasriMohdRamli/posts/10162125251740652)
Mereka memahami hadis ini seakan Allah itu respon apa sahaja kita nak dan buat.
Seakan Allah itu pula hamba kepada kita. Subhanallah.
Jangan kita lupa Allah itu ada iradahNya tersendiri.
Doa kita yang kita nak bersungguh-sungguh sekalipun, jika Allah tidak mengkehendakinya terjadi, ia tak akan terjadi.
(Tentu sahaja Allah memakbulkan semua doa, tetapi dengan cara dan waktu yang terbaik menurut pengetahuanNya dan tidak semestinya sama seperti yang kita inginkan.)
(In Islam we know that there are supplications that are accepted (مقبول) and others rejected (مردود), no matter how much you want, will and visualise it, in the end of the day the decision is His, not yours nor some force called The Universe. Sometimes Allah cancels out our bad/wrong desires/wills/wants and hopes and fulfills good things that we never asked for or thought of.)
Betapa positifnya awak sekalipun, jika Allah ingin menimpakan musibah kepada awak sekalipun - DIA BOLEH
Betapa negatifnya awak sekalipun, jika Allah ingin berikan sesuatu yang baik kepada awak sekalipun, perkara itu tetap BOLEH BERLAKU.
🟢 TRUTH IS, THOUGHTS DO NOT NECESSARILY BECOME MANIFESTED INTO REALITY, FOR IT TO HAPPEN IT MUST BE IN LINE WITH HIS WILL, IF IT IS NOT, THEN, NO MATTER HOW STRONG YOUR VISUALISATION AND WILL, IT WILL NOT BECOME A REALITY.)
Kurang pasti jika muslim yang mengamalkan dan mengajarkan LOA ini sedar bahawa ilmu sebenarnya adalah cabang aqidah PANTHEISM (kepercayaan Tuhan adalah segalanya, Segalanya adalah Tuhan) kerana awak adalah Tuhan. Kerana itu, apa yang awak nak, awak boleh dapat.
(It claims that The Universe is subservient to your will, you wish and It fulfills (The Law of Attraction), and since you are a part of The Universe and that The Universe is subservient to your will, therefore, in reality, You are God, you are The Master of The Universe. This is the "New" in The New Age; the age where humans finally realise that the God that they have been seeking for millenias is actually themselves, the seeker is actually the one who is being sought after, there is no god outside nor inside of you. This is The New Age Aqidah, it later trickled down to a "softer" projection in the form of self-help books "It is all in the mind" mantra.)
---
LOA ini bak kata Ustaz Masri, akarnya rosak, asasnya sesat, malah penafian kepada ketauhidan. Bila akarnya rosak, buahnya juga rosak.
Saya pernah terjebak dalam amalan ini atas kejahilan sendiri mengikut tanpa usul periksa.
Tak mungkin saya senang hati melihat saudara seaqidah yang lain terlibat sama.
LoA dan affirmation hanya cabang kecil ajaran New Age Movement . Banyak lagi ilmu mereka yang bermasalah dari sudut aqidah.yang masuk melalui seminar-seminar motivasi.
Saya doakan kalian yang sudah terjebak mengamalkan affirmations, visualisations dan Law of Attraction dan semua ajaran cabang New Age Movement yang bersalahan dengan aqidah agar dibukakan hati untuk menilai semula amalan ini.
Saya sangat syorkan kalian untuk berhubung terus dengan Ustaz Noor Derus jika ada kemusykilan atau argumen dalam poin beliau kongsikan di atas.
Yang belum terlibat, elakkanlah diri dari terjebak.
Sekalipun kalian lihat ada sahabat yang bertudung labuh, berpudah, berkopiah turut mempromosi.
Sebelum bayar beribu-ribu untuk seminar motivasi, seminar jutawan - do your own research about New Age Movement.
Jangan main ikut saja membuta tuli.
Paling penting, jangan sekali-sekali tinggalkan doa agar Allah SWT kurniakan petunjuk kepada jalanNya yang lurus.
Saya percaya, jika kita ikhlas belajar keranaNya, mohonlah petunjuk agar Allah tunjukkan kebenaran atas ilmu itu. InsyaAllah, Allah akan tetap bantu kita membezakan mana yang haq, mana yang bathil. Truth will eventually prevail.
“Janganlah kalian campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kalian sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya”. (Q.S. Al-Baqarah [2]: 42).
Jika dapat ilmu pelik-pelik tiada dalam ajaran agama, tak pernah dipromosi dalam al-Qur'an, tak pernah Rasululllah SAW dan para sahabat buat, malah bercanggahan - tinggalkanlah. Dittakuti kita termasuk golongan yang sesat.
Sabda Rasulullah SAW;
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” [Riwayat Malik (1594)]
.
Astaghfirullah wa autubu ilaih.
Allahummaghfirlana warhamna ya Allah.
Semoga semua selamat pulang ke pangkal jalan sempena tahun baru dan bulan Muharram 1442 Hijrah.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah 2:218)
Salam Maal Hijrah 1442H
❤️
#TauhidFirst ☝️
#TolakNewAge
--------------------------------------
Rujukan:
1.https://youtu.be/q2vc-MLmpvU
2. https://web.facebook.com/NoorDeros/posts/10156553831482227
Bacaan dan rujukan berkaitan isu gerakan New Age Movement dalam seminar motivasi :
1. https://youtu.be/vVobQ-wvvoY
2. https://www.facebook.com/100006537640749/posts/2832890436938850/ (mulai minit ke 17:00)
3. https://web.facebook.com/watch/?v=261266351966254
4. Boleh juga follow Cikgu June Mohd Som. Beliau banyak juga berkongsi pengalaman hadir seminar yang mempromosi NAM - https://web.facebook.com/junemohdsom
Kredit
#IntanJaliah
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Menulislah ketika ingat dan Membacalah ketika lupa
HAMKA pernah di tuduh sebagai pengkhianat. Ditangkap dan ditekan oleh pihak berkuasa.
Hampir saja hilang pertimbangan akalnya. Syukur imannya menang.
Tasauf moden.
Buku hasil tulisannya sendiri.
Dibacanya semula.
Untuk mencari nasihat dan ketenangan.
Benar.
Jiwa sentiasa perlu pada nasihat.
Menulis ketika ingat.
Membaca ketika lupa.
Kredit
#JejakTarbiah
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Belajar karakter dan kaedah terbaik ajar anak dan pelajar!
Tangguh Kepuasan dan bezakan mana Keperluan dan Kehendak!
Apabila kita berhasrat mahu memiliki bisnes yang bertahan lama, guru saya memberi panduan bahawa kita mesti belajar untuk tangguh kepuasan.
Khususnya anak muda, kita tidak dapat bezakan yang mana keperluan bisnes, yang mana kepuasan peribadi.
Sebagai contoh, apabila bisnes membuat untung, bahkan bisnes belum untung pun, kita cenderung membeli lambang orang berjaya dalam bisnes. Kita mahu impress orang lain. Membeli lambang orang berjaya dalam bisnes bukan keperluan. Ini cuma kehendak peribadi. Ini cuma kepuasan peribadi.
Beli kereta mewah sebagai tanda kita berjaya dalam bisnes adalah contoh membeli lambang orang berjaya dalam bisnes. Kita cuma membeli lambang.
Dalam bisnes, keperluan kita adalah membeli alat- alat dan orang yang boleh mempercepatkan perkembangan bisnes kita. Ini termasuk membeli otak orang lain, yang mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh bisnes kita. Ini adalah keperluan. Jika kita tidak buat, bisnes boleh bungkus.
Apabila kita bezakan, mana satu keperluan bisnes dan mana satu kepuasan peribadi, kita akan lebih jelas mana perlu disegerakan mana perlu tangguh.
Untuk kekal bertahan dalam bisnes, segerakan keperluan bisnes tangguhkan kepuasan peribadi.
#ELTY®
Kredit
#MazhairShahrozMuhasip
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Steve Jobs vs Tim Cook? Fokus Pada Kelebihan Kita!
1. 2 dekad lalu Apple hampir bankrup dan diselamat semula apabila Steve Jobs dilantik semula menjadi CEO.
2. Steve Jobs kemudian membina semula Apple menjadi salah sebuah syarikat paling inovatif di dunia.
3. Tahun 2011, Steve Jobs meninggal dunia. Ramai orang berkata Tim Cook tidak mempunyai karisma yang sama dengan Steve Jobs. Apple mungkin tiada masa depan setelah kematian Jobs.
4. 2018, Tim Cook mengemudi Apple menjadi syarikat pertama di dunia melepasi nilai $1 Trillion.
5. 2020, dalam dunia bergolak dengan pandemik, Apple baru-baru ini pula menjadi syarikat pertama melepasi nilai $2 Trillion.
6. Betul, Tim Cook tidak seinovatif seperti Steve Jobs. Beliau juga tidak kelihatan berkarisma semasa pembentangan.
7. Tetapi beliau bermain dengan kekuatan. Kekuatan beliau pada bidang operasi. Beliau menambahbaik terutama dari segi supply chain Apple dan distribution channel.
8. Satu perkara yang saya belajar dari Tim Cook, walaupun satu dunia membandingkan kita dengan seorang icon bertaraf genius, beliau tenang dan buat kerja beliau.
9. Jangan hanya orang bandingkan kita dengan individu lain kita berasa rendah diri dan hilang kepercayaan terhadap diri. Kita juga ada kekuatan pada bidang lain.
10. Fokus pada kekuatan kita.
“Don't compare yourself with anyone in this world...if you do so, you are insulting yourself.” - Bill Gates
#johanirwan #apple #2trillion
Kredit
#JohanIrwanKamarozaman
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Wednesday, 19 August 2020
Jangan remehkan walau hanya mampu buat dua rakaat, Subuh & Tahajjud!
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:01 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 5.55 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.
JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.
Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
Dr Zaharuddin Abd Rahman
https://myclaaz.com/app/#/instructor/8/events
www.elzarshariah.com
(Khidmat profesional semakan patuh Shariah dalam urusan bisnes, kewangan & teknologi)
Kredit
#DrZaharuddinAbdRahman
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Apa Tanda Seseorang Dicintai Oleh Allah?
9 Idea Bisnes Wajib Tahu dalam Musim Ekonomi Gawat!
Ada yang mencari pendapatan tambahan ni bertujuan menampung kelangsungan hidup , ada yang ingin memberi keselesaan untuk anak dan keluarga , dan ada yang mungkin buat secara suka suka .
Jom sis share antara cara bagaimana kita boleh dapat pendapatan sampingan .
1. Buat bisnes online
🌹Contohnya menjual tudung , jual kek , dan jual baju .
2.Menjual perkhidmatan atau kemahiran
🌹Contohnya anda seorang yang pandai dalam mengambil gambar. Anda boleh menawarkan pekhidmatan part time photographer perkahwinan , majlis sambutan istimewa dan lain lain.
3.Buat sublet
🌹Sublet ni adalah sewa atas sewa. Maksudnya anda menyewa sebuah rumah dan kemudian sewa kan ke atas orang lain pula. Tapi anda perlu dapatkan kebenaran dari tuan rumah dulu ya. Dan yang penting kena ada ilmu . Baru lah menjadi .
4. Mengajar tuisyen
🌹Yang ni sis pernah buat dulu . Masa kerja makan gaji. Selepas waktu kerja sis pernah berpengalaman mengajar tuisyen di pusat tuisyen kanak kanak . Masa tu sis Dapat lah pendapatan yang boleh tanggung kos makan minum sebulan tau . best ke best .
5. Jadi agen jualan / dropship
🌹Yang ni biasanya memerlukan modal yang rendah . Ada juga yang tidak memerlukan modal . Contohnya jadi agen atau dropship kuih raya , tudung , jubah dan perfume .
6. Uber / Grab
🌹Kalau kita rajin , Jangan terkejut anda boleh sehingga tahap tak perlu usik duit gaji hakiki untuk tampung kehidupan.
7. Jadi agen Unit Amanah / Takaful / Hartanah
🌹Yang ni memerlukan ilmu . Pekerjaan ini juga boleh dijadikan sebagai kerjaya sepenuh masa . Dan pendapatan melalui kerjaya ini juga boleh tahan lumayan sekiranya betul betul fokus .
8.Jadi runner
🌹Contohnya runner Food Panda , Grabfood ataupun mengambil upah sebagai runner untuk menghantar bungkusan atau parcel , dokumen dan sebagainya .
9.Menjual barang terpakai
🌹Yang ni biasa kita dengar sebagi preloved item . Contoh pakaian lama yang masih dalam keadaan cantik dan elok , jangan buang . Anda boleh menjul melalui online seperti Facebook, Instagram dan Shopee
Ini adalah antara pilihan . Kalau diikutkan banyak lagi .
Semoga bermanfaat . Di izinkan SHARE .
#kongsirezekibersama
Kredit
#DiyanaPuteri
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Al-Quran Mukjizat yang tak akan pernah pupus
🌹AL QURAN ADALAH MUKJIZAT🌹
Renungkan sejenak...
Kebiasaannya sesuatu benda itu jika tidak digunakan, lama kelamaan ianya akan pupus. Sampai masanya nanti akan dilupakan terus akan kewujudannya.
Al Quran?
Walaupun disudut pengamalan umat terhadap ajaran Al Quran semakin berkurangan, semakin lemah dan dilupakan, apa yang terjadi adalah sebaliknya pula. Bukan semakin pupus, bahkan semakin kuat pula disegi pemeliharaannya.
Al Quran boleh didapati dimana-mana sahaja. Di masjid-masjid dan surau-surau, di rumah, di pejabat,di gantung di merata-rata samada didinding dan kedai-kedai makan. Tumbuh pula pusat-pusat tahfiz di segenap ceruk negara bagaikan cendawan dikayu yang reput. Mampu dihafal oleh pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang umurnya baru setahun jagung.
Hairan? Kenapa bertentangan dengan fitrah dunia?
Tiada apa yang hendak dihairankan. Janji Allah itu pasti benar. Allah yang menurunkan Al Quran untuk manusia dan DIA yang akan menjaganya sehingga ke hari PEMBALASAN.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Al Hijr,15:9)
Inilah salah satu dari banyaknya tanda-tanda Al Quran sebagai mukjizat.
Kredit
#MhdNasserLong
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Syurga dan Neraka juga Berdoa kepada Manusia?
Tahukah kita bahawa syurga dan doa pun turut berdoa kepada Allah.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada Anas bin Malik radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ الْجَنَّةُ
Sesiapa yang memohon kepada Allah sebanyak tiga kali untuk memperolehi dalam syurga, syurga akan berkata:
اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ
Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.
وَمَنِ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Sesiapa yang memohon perlindungan (kepada Allah) daripada neraka sebanyak tiga kali,
قَالَتِ النَّارُ اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ " .
neraka akan berkata: Ya Allah, selamatkan dia daripada neraka.
[Sunan an-Nasaie, Kitab al-Isti'azah, no: 5521].
Sudahkah kita meminta kepada Allah untuk memperolehi syurga dan meminta dijauhkan daripada neraka hari ini?
Sudahkah kita meminta kepada Allah syurga dan keselamatan daripada neraka untuk ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga dan sahabat-sahabat kita?
Adakah kita insan yang didoakan oleh syurga dan neraka?
#MMMR
Kredit
#UstazMohdMasriMohdRamli
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Pelacur di Arab pakai Hijab! baca apa respon Hamka?
How To Succeed In Life
How to succeed in life.
Wake up 20 minutes before Fajar prayer.
Read Tahajjud prayer and sincerely make du'aa for what you want and need.
Ask Allah Subhanahu Wa Ta'ala for forgiveness, ask Him for what your heart truly wants and desires.
Cry if you feel like it, pour your heart out in such a way that Allah Subhanahu Wa Ta'ala sees His servant coming back to Him, no matter how much you have been led astray by this Dun'yaa[world], Allah is always with you, that is His promise.
Ask Allah Subhanahu Wa Ta'ala for mercy, wholeheartedly and sincerely pray to Him and watch how your life changes.
Kredit
#islamicInformation
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
KITA JURUJUAL atau PAKAR?
KITA JURUJUAL atau PAKAR?
Situasi 1:
Prospek : Hai Puan, saya nak tahu tentang promosi kasut tu.
Kita : Kasut ini paling terbaru. Desain terkini buatan Itali. Tuan tidak akan dapat di mana-mana kerana kami pengedar tunggal. Harganya RM100. Jika beli sekarang harganya RM50 saja.
** Tuan & Puan adalah JURUJUAL.
Situasi 2:
Prospek : Hai Puan, saya nak tahu tentang promosi kasut tu.
Kita : Terima kasih Tuan kerana berminat dengan promosi kasut terbaru kami. Boleh saya tahu apa keinginan dan keperluan Tuan dalam mencari kasut yang sesuai?
*** Tuan & Puan adalah Pakar/Konsultan.
Orang takut dengan jurujual. Bila kita tanya, mereka takut nak dedah rahsia sebab tahu akhirnya kena beli.
Lain pula dengan konsultan/pakar. Mereka menyelesaikan masalah. Prospek lebih terbuka beritau masalah dan mahu tahu apakah kita ada penyelesaiannya.
Ini yang buat produk RM50 nampak nilainya macam RM500.
MOHD NOOR AZAM ATEH.
#psikologidigital
Kredit
#MohdNoorAzamTuan
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
Bangkit Dalaman! Paksa Diri Konsisten, Tahajud, Subuh, Dhuha
Kita adalah CEO kepada diri kita sendiri. Setiap pagi, ambil mereka ini supaya diri kita jadi hebat:
1. Solat tahajjud. Ia akan beri kita kelapangan membuat keputusan, menambah keselesaan dan memberi banyaknya rahmat.
2. Solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
3. Solat subuh - antara solat yang sukar dilakukan kerana ia masih dalam waktu tidur. Jika berjaya yang ini, banyak halangan di hadapan senang ditempuh.
4. Solat dhuha - ia solat khusus tentang rezeki, kesihatan dan keampunan dari Allah.
Kata cikgu saya:
“Sama seperti kita pergi kerja, kita masuk pejabat atau kilang atau syarikat. Pada setiap pagi kita hantar report, kita bincang, kita sembang tentang masalah semalam dan hari ini kita perbaiki.
Untuk diri kita sendiri, kita konsisten lakukannya setiap hari. Kita adalah CEO kepada otak kita, jiwa kita, badan kita dan segala apa yang kita lakukan.
Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak, kita takkan menang dengan diri kita sendiri, akan kalah dengan nafsu dan akan tumbang dengan hasutan syaitan.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit gais!
Kredit
#KhairulHakiminMuhammad
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme