Tuesday 25 August 2020

Suka Membaca dan kenapa kita perlu Menulis?

 

KENAPA KITA MENULIS?

Almarhum Buya Hamka pernah mengatakan jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, dia secara semulajadi akan berasa 'terpaksa' menuangkannya dalam bentuk penulisan. Sebab itulah dalam diri Hamka, tergambar sifat seorang multidimensi iaitu seorang ulama, sasterawan, budayawan dan pemikir.

Saya kongsikan di sini catatan yang diambil melalui seorang penulis, Zaharoh Fajar Nina berkenaan kenapa kita menulis :

1) Kerana saya tidak mahir berbicara petah.

2) Kerana menulis adalah menyediakan catatan peringatan kepada diri saat terlupa dan terlalai.

3) Kerana saya tidak punya banyak kebaikan. Mudah-mudahan menuliskan kebaikan membawa hal-hal baik buat diri.

4) Kerana menulis adalah terapi iman, fikiran dan kedamaian.

5) Menulis yang baik-baik akan membuat saya berfikir tentang hal-hal baik sekalipun saya bukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya kita tidak lali dengan hal-hal tidak baik.

6) Menulis, mendidik saya menyusun kata dan perkataan agar difahami dengan jelas. Kerana hanya orang yang sabar boleh menulis dengan ejaan penuh dan tatabahasa yang betul.

Kredit
#AdaApaDenganBuku
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment