Wednesday 19 August 2020

Bangkit Dalaman! Paksa Diri Konsisten, Tahajud, Subuh, Dhuha

 

Kita adalah CEO kepada diri kita sendiri. Setiap pagi, ambil mereka ini supaya diri kita jadi hebat:

1. Solat tahajjud. Ia akan beri kita kelapangan membuat keputusan, menambah keselesaan dan memberi banyaknya rahmat.

2. Solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya". 

3. Solat subuh - antara solat yang sukar dilakukan kerana ia masih dalam waktu tidur. Jika berjaya yang ini, banyak halangan di hadapan senang ditempuh. 

4. Solat dhuha - ia solat khusus tentang rezeki, kesihatan dan keampunan dari Allah. 

Kata cikgu saya: 

“Sama seperti kita pergi kerja, kita masuk pejabat atau kilang atau syarikat. Pada setiap pagi kita hantar report, kita bincang, kita sembang tentang masalah semalam dan hari ini kita perbaiki.

Untuk diri kita sendiri, kita konsisten lakukannya setiap hari. Kita adalah CEO kepada otak kita, jiwa kita, badan kita dan segala apa yang kita lakukan.

Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak, kita takkan menang dengan diri kita sendiri, akan kalah dengan nafsu dan akan tumbang dengan hasutan syaitan.”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Bangkit gais!

Kredit

#KhairulHakiminMuhammad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment