Tuesday, 25 August 2020

Istidraj bukan saja pada harta, tapi ilmu dan hati keras juga!

Istidraj bukan sekadar datang dalam bentuk harta, tapi ilmu dan hati yang keras jua. Kadang-kadang kita yang diuji dengan ilmu yang perasan banyak tak sedar ia merupakan istidraj sehingga kita sering berasa sombong, sedangkan banyak pula ilmu yang kita ketahui tidak kita amalkan dan banyak juga ilmu yang kita pelajari tidak memberikan sebarang manfaat kepada kita di akhirat.

Malang semakin bertambah sekiranya kita diuji dengan hati yang keras sehingga membutakan mata hati dari kebenaran dan sukar sekali menerima nasihat.

Moga Allah pelihara kita semua dari istidraj yang tidak kita sedari.

Sedekah apa kita hari ini? Berapa rakaat solat kita hari ini? Apa kebaikan kita buat hari ini? Berapa ramai yang selamat dari lisan kita hari ini?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.

Kredit 
#UstazAhmadHasyimi 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

 

No comments:

Post a Comment