Thursday 20 August 2020

Steve Jobs vs Tim Cook? Fokus Pada Kelebihan Kita!

 2 Trillion

1. 2 dekad lalu Apple hampir bankrup dan diselamat semula apabila Steve Jobs dilantik semula menjadi CEO. 

2. Steve Jobs kemudian membina semula Apple menjadi salah sebuah syarikat paling inovatif di dunia. 

3. Tahun 2011, Steve Jobs meninggal dunia. Ramai orang berkata Tim Cook tidak mempunyai karisma yang sama dengan Steve Jobs. Apple mungkin tiada masa depan setelah kematian Jobs.

4. 2018, Tim Cook mengemudi Apple menjadi syarikat pertama di dunia melepasi nilai $1 Trillion. 

5. 2020, dalam dunia bergolak dengan pandemik, Apple baru-baru ini pula menjadi syarikat pertama melepasi nilai $2 Trillion. 

6. Betul, Tim Cook tidak seinovatif seperti Steve Jobs. Beliau juga tidak kelihatan berkarisma semasa pembentangan. 

7. Tetapi beliau bermain dengan kekuatan. Kekuatan beliau pada bidang operasi. Beliau menambahbaik terutama dari segi supply chain Apple dan distribution channel. 

8. Satu perkara yang saya belajar dari Tim Cook, walaupun satu dunia membandingkan kita dengan seorang icon bertaraf genius, beliau tenang dan buat kerja beliau.

9. Jangan hanya orang bandingkan kita dengan individu lain kita berasa rendah diri dan hilang kepercayaan terhadap diri. Kita juga ada kekuatan pada bidang lain. 

10. Fokus pada kekuatan kita. 

“Don't compare yourself with anyone in this world...if you do so, you are insulting yourself.” - Bill Gates

#johanirwan #apple #2trillion

Kredit 

#JohanIrwanKamarozaman

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment