Thursday 20 August 2020

Belajar karakter dan kaedah terbaik ajar anak dan pelajar!

 

Anak-anak atau pelajar adalah seperti sebuah binaan. Ada yang kita kena paku, ada pula yang kena skru dan ada juga yang kena gosok-gosok dengan kertas pasir.

Ada yang kental, ada pula yang mudah koyak dan ada juga tidak lut peluru.

Pendekatan atau cara penerimaan mereka juga berbeza, kerana ada antara mereka yang jenis Kinesthetic Learners (lebih mudah menyerap melalui aktiviti), ada pula yang Auditory Learners (lebih mudah menyerap melalui daya pendengaran) dan ada juga yang Visual Learners (lebih mudah menyerap menerusi daya penglihatan).

Begitulah kita meraikan perbezaan karakter dan keupayaan mereka yang berbeza-beza.
Percayalah, setiap mereka ada kekuatan masing-masing yang tidak semesti terzahir melalui angka di atas kertas.

Mereka semua adalah petanda ciptaan Allah yang sangat unik.

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ 

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk (yang sesuai dengan keadaannya)" [al-Tin: 4].
-Dr. Kamilin Jamilin-
1 Muharram 1442h

Kredit
#DrKamilinJamilin 
#Pinterest
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment