Tuesday 25 August 2020

Berbuallah dengan diri sendiri dengan Membaca :)

 

Sudah tiba masanya untuk kita melarikan diri sekejap dari keriuhan media sosial, dan kembali berbual dengan diri sendiri.

Melalui buku. Melalui membaca. Kerana membaca ialah pergelutan dalaman yang ikhlas dan jujur. Membaca ialah pengembaraan meneroka diri sendiri.

Membaca ialah berdebat dengan apa yang kita pernah percaya, mengkritik tentang apa yang pernah kita setujui, dan mempersoal kembali keputusan yang pernah kita buat sebelum ini.

Proses membaca ialah proses merubah penyesalan kepada harapan, proses mencari kembali sisa-sisa kekuatan yang telah tercicir dan paling penting, proses kita memahami sejenis makhluk yang paling rumit yang sedang kita berhadapan dengannya, iaitu ‘diri sendiri’.

Kredit 
#HafizulFaiz
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment