Tuesday 25 August 2020

Teknik Membaca Pantas yang Wajib kita Tahu!

 

TEKNIK MEMBACA PANTAS

Siapa di sini mengamalkan teknik membaca pantas (speed read) dalam bacaan seharian?

Malam ini admin nak berkongsi tip-tip asas membaca pantas yang boleh pembaca amalkan.
Namun kenapa teknik ini penting? Bukankah lebih baik kita seronok-seronok je membaca?

Teknik membaca pantas penting atas beberapa faktor:
- memudahkan kajian dan penulisan, terutama buat penulis, wartawan, penganalisis dsb
- menjimatkan masa dan membaca bahagian yang penting dan berkaitan sahaja, dan tidak perlu membaca keseluruhan buku

Teknik ini biasanya diamalkan untuk buku-buku bukan fiksyen. Biasanya buku fiksyen orang baca untuk seronok, menenangkan diri, lari dari realiti dunia buat sementara dsb. 
Berdasarkan buku The Speed Reading Book Edisi Bahasa Melayu, terbitan PTS ada beberapa belas teknik yang boleh dipelajari. Perkongsian admin pada hari ini hanyalah yang paling mudah dan umum yang biasa diamalkan:

a) Scanning (mengimbas) – proses mencari maklumat tertentu
Scanning – proses mencari/membaca perkataan, nama, nombor tertentu. Contoh seperti membaca perkataan keempat, keenam, kelapan, atau langkau perkataan dsb

b) Skimming (bacaan selayang) – proses melihat gambaran umum (general overview)
Skimming – proses apabila mata meliputi seksyen tertentu yang dipilih untuk mendapat gambaran umum berkenaan sesuatu topik spesifik 

c) penguasaan perenggan
Perenggan merupakan tempat penulis menjelaskan konsep tertentu atau berkongsi pandangan mereka tentang sesuatu topik khusus. Satu atau dua ayat pertama dalam perenggan biasanya akan menerangkan idea umum. Satu atau dua ayat terakhir biasanya mengandungi keputusan dan kesimpulan. Ayat tengah pun biasanya mengandungi butiran seperti penjelasan lanjut, contoh dsb.

Ada banyak lagi teknik membaca pantas yang pembaca boleh pelajari seperti teknik loop, zig zag, double line sweep, reverse sweep, S, dsb. 

Anda boleh menonton video-video Youtube berkaitan membaca pantas selain membaca artikel/buku mengenainya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknik membaca pantas.

Namun admin sarankan agar untuk memahirkan diri dan cekap dalam teknik ini, anda sertai kursus dan latihan yang menyediakan latihan dan latih tubi bagi menguasai teknik membaca pantas.
Tidak rugi kita menambah skil dan kemahiran sedia ada dengan menguasai teknik ini.
Semoga bermanfaat!

#KLBaca
#KLWBC2020
#MalaysiaMembaca

Kredit
#KLBaca
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca

Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment