Thursday 20 August 2020

Tangguh Kepuasan dan bezakan mana Keperluan dan Kehendak!

 Tangguh kepuasan. 

Apabila kita berhasrat mahu memiliki bisnes yang bertahan lama, guru saya memberi panduan bahawa kita mesti belajar untuk tangguh kepuasan. 

Khususnya anak muda, kita tidak dapat bezakan yang mana keperluan bisnes, yang mana kepuasan peribadi. 

Sebagai contoh, apabila bisnes membuat untung, bahkan bisnes belum untung pun, kita cenderung membeli lambang orang berjaya dalam bisnes. Kita mahu impress orang lain. Membeli lambang orang berjaya dalam bisnes bukan keperluan. Ini cuma kehendak peribadi. Ini cuma kepuasan peribadi. 

Beli kereta mewah sebagai tanda kita berjaya dalam bisnes adalah contoh membeli lambang orang berjaya dalam bisnes. Kita cuma membeli lambang. 

Dalam bisnes, keperluan kita adalah membeli alat- alat dan orang yang boleh mempercepatkan perkembangan bisnes kita. Ini termasuk membeli otak orang lain, yang mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh bisnes kita. Ini adalah keperluan. Jika kita tidak buat, bisnes boleh bungkus. 

Apabila kita bezakan, mana satu keperluan bisnes dan mana satu kepuasan peribadi, kita akan lebih jelas mana perlu disegerakan mana perlu tangguh. 

Untuk kekal bertahan dalam bisnes, segerakan keperluan bisnes tangguhkan kepuasan peribadi. 

#ELTY®

Kredit 

#MazhairShahrozMuhasip 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment