TIDAK BOLEH MEMANCING JIKA ISTERI SEDANG MENGANDUNG.
Salam ustaz nak tanya
Isteri saya baru mengandung 2minggu
Jadi org tua larang xbagi memancing
Takot jd apa2 kt kandungan
Pandangan islam dlm hal ini macam mana ustaz
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Larangan itu adalah salah satu kepercayaan orang Melayu yang dinamakan 'KENAN'. Kepercayaan ini menyatakan bahawa jika ibu bapa kepada anak yang di dalam kandungan melakukan sesuatu kepada haiwan, maka ia akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Contohnya, jika memancing nanti anak yang lahir sumbing.
Ini merupakan satu kepercayaan karut yang bercanggah dengan akidah Islam. Kepercayaan kenan ini termasuk dalam kepercayaan kepada sial. Untuk membaca kajian berkaitan kepercayaan kenan dalam masyarakat Melayu, boleh baca di sini --> http://www.academia.edu/4349421/Kepercayan_Kenan_Dalam_Masyarakat_Melayu-Islam_Kajian_Dari_Perspektif_Islam
KESYIRIKAN KEPERCAYAAN SIAL.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلَاثًا ، وَمَا مِنَّا إِلَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ "
Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:At-Thiyarah (sial) itu syirik, sial itu syirik (sebanyak tiga kali.(Abdullah bin Mas'ud berkata): Tidaklah kita terlepas (daripada terfikir tentang kesialan sesuatu) melainkan Allah menghapuskannya dengan sifat tawakkal.
[Sunan Abu Daud, Kitab at-Thibb, Bab at-Thiyarah, hadis no: 3915, Shaikh Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abu Daud]
Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan:
وكانت العرب معروفة بالتطير، حتى لو أراد الإنسان منهم خيراً ثم رأى الطير سنحت يميناً أو شمالاً حسب ما كان معروفاً عندهم، تجده يتأخر عن هذا الذي أراده، ومنهم من إذا سمع صوتاً أو رأى شخصاً تشاءم، ومنهم من يتشاءم من شهر شوال بالنسبة للنكاح،
Masyarakat arab terkenal dengan kepercayaan kepada sial. Hinggakan jika seseorang itu mahu melakukan sesuatu kemudian, kemudian mereka terlihat burung terbang di kiri atau kanan mereka, mereka akan membuat penafsiran yang bukan-bukan menurut apa yang mereka percayai selama ini. Kalian akan mendapati mereka menangguhkan daripada melakukan apa yang mereka ketahui itu. Sebahagian mereka jua apabila mendengar sesuatu bunyi, atau melihat sesuatu mereka akan percaya ia membawa sial, begitu juga sebahagian mereka percaya kepada sial jika bernikah pada bulan Syawal (Al-Qaul Al-Mufid).
Walau bagaimanapun, kami mencadangkan agar saudara mengurangkan hobi memancing dalam tempoh isteri sedang mengandung, dan memberikan lebih masa bersama-sama isteri agar dapat meringankan beban fizikal dan emosi ketika sedang mengandung.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Sunday, 8 October 2017
Kepercayaan Tidak boleh Memancing Jika Isteri Mengandung
Saturday, 7 October 2017
PotPlayer: Pemain Video Yang Ringan Dan Cepat
- Boleh memainkan file yang belum dimuatturun dengan sempurna atau bahkan file AVI yang rosak (dengan melompati bagian yang rosak)
- Ringan dan cepat
- Mengingat posisi terakhir ketika video dimainkan
- Shortcut yang memudahkan, misalnya untuk memaju mundurkan timing yang dimainkan, volume, zoom, brightness, contrast, dan singkronisasi timing subtitle
- Support untuk file file seperti MKV, OGM, MP4, MOV, 3GP yang didalamnya sudah embedded subtitle
- Skin boleh diubah dan banyak pilihan
- Berbagai macam video filter tersedia untuk costumize playback
- Audio dan Video equalizer
Ambil Screenshot Penuh di Pelayar Web
1) Screen capture web pages.
2) Selected regions.
3) Whole browser windows.
4) Slack direct upload (NEW!)
Edit screenshots and save images as local file or Google Drive. Annotate screenshots with different tools. Upload and share!
Thursday, 31 August 2017
Kenali Brelwi : Kelompok Sufi Melampau
[Admin]
Kenali kumpulan Brelwi dan ciri-cirinya. Kumpulan ini (berserban hijau seperti dalam gambar) telah difatwakan sesat dan menyimpang dari jalan ASWJ oleh ulama Deobandi dan juga Ahli Hadith di India/Pakistan. Mereka dikenali sebagai Kuburiyyun di sana. Rujuk kepada fatwa yg dikeluarkan oleh ulama Deoband ini:
http://wirapendang.blogspot.my/2013/11/fatwa-fatwa-ulama-mengenai-ajaran-brelwi.html?m=1
Juga satu artikel yang baik tentang latarbelakang golongan ini dan aqidah mereka.
===============================
Apakah akidah puak Barelwi?
Tarikh terbitan: 03.09.2012
Segala puji bagi Allah.
Puak Barelwi ialah kelompok Sufi yang melampau. Muncul di benua kecil Indo-Pakistan di bandar Bareilly, negeri India di Uttar Pradesh pada zaman kolonial British.
Prinsip asas kesesatan mereka adalah dengan mengagungkan Rasulullah dan kerabatnya secara melampau. Menokok tambah amalan, permusuhan terhadap Ahli Sunnah, dan menyimpangkan masyarakat daripada berjihad kerana Allah.
Pengasas puak ini ialah Ahmad Reza Khan Taqiy Ali Khan, ia menggelarkan dirinya sebagai Abdul Mustafa.
Dia merupakan salah satu ekstrimis yang sesat dan sering mengatakan, "Apabila kamu buntu, mintalah bantuan penghuni kubur".
Perbuatan melampaunya berkenaan Rasulullah SAW, dia pernah berkata, "Rasulullah SAW mengawal segenap penjuru, bagindalah Raja Bumi dan Manusia".
Dan dia juga berkata, "Ya Muhammad, aku tidak mengatakan bahawa kau ialah Allah, dan aku tidak dapat membezakan antara kau dan Dia (Allah). Dialah yang mengadili urusanmu, dan Dia sajalah yang mengetahui dirimu yang sebenar".
Dan dia juga berkata, "Rasulullah ialah cahaya daripada Cahaya Allah, dan semua makhluk tercipta daripada cahayanya".
Salah seorang pemimpin mereka iaitu Amjad Ali berkata, "Nabi SAW ialah khalifah Allah dengan hak yang sempurna, dan seluruh alam semesta adalah di bawah kekuasaannya (Nabi). Maka, baginda melakukan apa saja yang ia suka, mengambil apa yang ia mahu, dan tiada sesiapa di alam ini yang mampu mengubah pemerintahan baginda. Bagindalah raja sekalian manusia, dan mereka yang tidak mendaulatkan baginda akan dihalang daripada kemanisan sunnah".
Dan katanya lagi, "Mereka yang menafikan tawasul terhadap para Nabi dan wali dari kubur, maka mereka adalah pembidaah".
Ahmad Yar Khan (salah seorang syeikh mereka) berkata, "Syariat bermaksud seseorang yang hadir serta melihat (hal ini ditujukan kpd Rasulullah), yang dikuatkan dengan kuasa suci, yang mampu melihat dunia seperti melihat tapak tangannya, yang mampu mendengar suara dari jauh mahupun dekat. Yang mampu keliling dunia dengan sekejap. Yang menolong kepada mereka yang meminta, dan menyahut seruan penyeru".
Mereka sering membina binaan atas kubur, memasang lilin dan lampu di dalamnya. Menyediakan korban bagi memenuhi nazar, mencari berkat daripada mereka (penghuni kubur), menyambut perayaan untuk mereka, menebarkan bungaan, ros, dan kain ke atas mereka (kubur). Serta memasang langsir disekelilingnya, dan menyuruh pengikutnya bertawaf keliling batu nisan untuk mengambil berkat".
Lihat: al-Kashf'an Haqeeqat as-Sufiyyah (1/350); as-Sufiyah: Nash'atuha wa Tatawwuruha (ms. 62); al-Mawsoo'ah al-Muyassarah fi'l-Adyaan wa'l-Madhaaib wa'l-Ahzaab al-Mu'aasirah (ms. 302-306)
Lihat juga jawapan bagi soalan no. 1487
Ulama Ahli Jawatankuasa Fatwa pernah ditanya:
Terdapat beberapa puak di Pakistan yang digelar Barelwi atau Nawari, dinamakan sempena ketua terkini mereka iaitu Nawari. Saya ingin bertanya perihal hukum syariat terhadap kepercayaan mereka, dan hukum solat berimamkan mereka, agar fikiran saya tenang serta orang awam mengetahui diri mereka yang sebenarya. Tambahan lagi, saya ingin bertanyakan sesetengah kepercayaan mistik mereka yang mula tersebar:
1. Mempercayai bahawa Rasulullah masih hidup.
2. Mempercayai bahawa Rasulullah hadir dan mampu melihat perkara yang sedang berlaku, terutama sekali selepas solat Jumaat.
3. Mempercayai bahawa Rasulullah mesti akan memberikan mereka syafaat.
4. Mereka mempercayai para wali dan penghuni kubur, dan bersolat di sisi kubur lalu meminta pertolongan pada mereka.
5. Mereka membina kubah atas kubur serta memasang lampu padanya.
6. Mereka sering mengucapkan, "Ya Rasul, Ya Muhammad!"
7. Mereka memarahi orang yang mengucapkan amin secara kuat sambil mengangkat tangan semasa berdoa, dan mereka akan melabelkannya sebagai Wahabi.
8. Mereka akan berasa pelik apabila kayu sugi digunakan sebelum solat.
9. Mereka mencium jari mereka semasa berwuduk, ketika azan, dan selepas solat.
10. Imam mereka sering membaca ayat berikut selepas solat:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
"Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi..." [al-Ahzab(33): 56]
Kemudian mereka berselawat kepada Nabi secara kuat dan serentak.
11. Selepas solat Jumaat mereka berkumpul secara bulatan, berdiri sambil melantunkan syair pujian Nabi secara kuat.
12. Selepas habis bacaan Quran dalam solat Tarawih semasa Ramadan, mereka akan menjamu makanan yang banyak serta mengedarkan makanan dan gula-gula di hadapan masjid.
13. Mereka membina masjid dan menghiasnya secara berlebihan, dan menulis pada mihrab "Ya Muhammad".
14. Mereka menyangka mereka Ahli Sunnah, dan menyesatkan orang yang tidak sehaluan.
Jadi, apakah hukum solat di belakang (berimamkan) mereka?
Mereka (ahli fatwa) membalas:
Adalah tidak dibenarkan untuk solat di belakang orang seperti itu. Mereka yang mengetahui statusnya tetapi masih solat di belakangnya, maka solat tidak sah. Hal ini kerana ciri-ciri mereka adalah sama seperti orang kafir dan ahli bidaah, dan bertentangan dengan Tauhid yang diajarkannya melalui Rasul dan Kitab. Hal ini juga bertentangan dengan firman Allah:
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ
"Sesungguhnya kau (Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati". [az-Zumar(39): 30]
وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah untuk Allah, maka janganlah seru (sembah) sesuatu bersama-sama Allah". [al-Jin(71): 18]
Bidaah yang mereka lakukan perlulah dikecam dengam cara yang lembut. Jika mereka menerimanya, maka bersyukurlah kepada Allah. Jika mereka menolaknya, maka jauhilah mereka dan bersolatlah di masjid Ahli Sunnah. Kita memiliki contoh Khalil ar-Rahman (Nabi Ibrahim), seperti firman-Nya:
وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا
" Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan beribadat kepada Tuhanku, mudah-mudahan doaku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa". [Maryam(19): 48]
Tamat sudah daripada Fataawa al-Lajnah ad-Daa'imah, 2/396-398
Syeikh Ibn Utsaimin rahimahullah pernah ditanya: Apakah hukum bersolat di belakang imam yang berfahaman Barelwi, yang mempercayai bahawa Rasulullah SAW masih hidup dan boleh melihat kita?
Beliau (Ibn Utsaimin) menjawab: Jika mereka berfahaman sebegitu, maka mereka telah terkeluar daripada ijmak, dan jika mereka meminta tolong kepadanya (Rasulullah), maka ia telah syirik. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk solat di belakang mereka. Tamat kalam.
Thamaraat at-Tadween, ms. 8
Allahu'alam
Sumber: https://islamqa.info/en/150265
Kredit terjemahan : Saudara Nazmi
Kredit : Page Maulana Asri Yusoff
Wednesday, 30 August 2017
7 Persoalan "Rare" Tentang Korban
[7 PERSOALAN “RARE” TENTANG KORBAN]
SOALAN 1:
Saya tidak cukup bajet untuk beli kambing atau sebahagian lembu untuk dijadikan korban pada hari raya haji tahun ini…Bolehkan saya korbankan ayam seekor atau lebih?
JAWAPAN:
Ibadah korban hanya melibatkan haiwan berkategori “بهيمة الأنعام” iaitu: Unta, lembu (termasuk kerbau), dan kambing yang cukup syaratnya…
Boleh untuk sembelih ayam sebagai ibadah jamuan, bukan ibadah korban…
SOALAN 2:
Kambing jantan yang saya beli untuk dikorbankan tiada telur (testis)…Adakah ia dianggap sebagai kecacatan yang menghalang?
JAWAPAN:
Sebahagian haiwan dimandulkan demi mendapatkan kualiti daging yang lebih baik, kerana haiwan yang mandul lebih gemar makan dan tidur kerana tidak “memikirkan” soal mengawan, dan hormonnya juga akan berubah, maka kebiasaannya ia akan lebih cepat dan mudah gemuk…
Jantan akan dibuang testis dalam kantung, kemudian diikat serta dijahit, manakala betina akan diikat saluran peranakannya…
Mandul bukanlah kecacatan bagi haiwan, sebaliknya ia membantu kualiti haiwan tersebut…Nabi SAW sendiri pernah mengorbankan 2 ekor kambing yang mandul [Riwayat Ahmad]…
Namun bukanlah yang mandul itu sentiasa yang terbaik untuk dijadikan korban, kerana “pemandulan” hanya wasilah untuk mendapatkan daging yang lebih banyak…
Jika pilihan yang ada, yang tidak mandul itu lebih baik kualitinya dan banyak kuantiti dagingnya, maka ia lebih baik dari yang mandul namun kurus…Nabi SAW juga pernah mengorbankan kambing yang tidak mandul [Riwayat Abu Dawud & al-Tirmidziy]…
SOALAN 3:
Bajet saya ada RM 1200…Mana lebih baik, membeli kambing dengan nilai tersebut untuk dijadikan ibadah korban, atau saya membeli daging sahaja (tanpa korban) dari pembekal (sebagai contoh: Daging beku) untuk disedekahkan, yang saya mampu beli dengan bajet tersebut kuantiti daging yang lebih banyak berbanding dengan melakukan korban seekor kambing?
JAWAPAN:
Melaksanakan ibadah korban lebih afdal, walaupun dengan nilai bajet tersebut kita mampu membeli kuantiti daging yang lebih banyak untuk disedekahkan…
Kerana tujuan utama kita melaksanakan ibadah korban ialah demi memenuhi tuntutan syariat Allah pada hari kebesaran umat Islam iaitu ‘Eid al-Adha, bukan kerana dagingnya semata-mata…Allah berfirman:
لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...” [al-Haj: 37].
SOALAN 4:
Saya sangat teringin untuk melaksanakan ibadah korban, akan tetapi saya kurang mampu…Bolehkan saya melaksanakannya dengan hasil duit pinjaman dari sahabat saya?
JAWAPAN:
Tidak digalakkan meminjam demi tujuan murni tersebut, melainkan jika kita yakin dan mudah untuk melunaskannya…
Jika kita tidak pasti kita mampu atau tidak melunaskan pinjaman tersebut dan bila kita mampu melunaskannya, maka jangan jebakkan diri dalam daerah yang akan membawa konflik kepada kita dan sahabat kita pada masa akan datang…
Moga Allah kurniakan rezeki yang luas dan diberkati buat kita semua…
SOALAN 5:
Raya haji kali ini saya ada rezeki lebih…Bolehkah saya menyembelih untuk diri saya 3 ekor kambing?
JAWAPAN:
Sebaiknya seseorang itu hanya menyembelih seekor buat dirinya, kerana Nabi SAW hanya menyembelih seekor kambing bagi pihak dirinya dan keluarganya walaupun baginda SAW merupakan insan yang paling pemurah dan paling bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT…
Jika ada rezeki lebih, peruntukan itu boleh disedekah atau diinfaqkan kepada pihak lain yang lebih memerlukan…
SOALAN 6:
Bolehkah kambing yang khunsa dijadikan korban?
JAWAPAN:
Jika kambing tersebut tiada kecacatan dan baik kondisi serta fizikalnya, maka tiada halangan untuk ia dijadikan korban…Kerana jantina bukanlah penentu faktor dalam penerimaan atau penolakan suatu korban itu…
Melainkan jika pada sesetengah baka itu, jantan lebih besar saiznya dan banyak dagingnya, maka untuk jenis itu kita boleh katakan jantan lebih baik, namun bukan kerana faktor jantinanya, bahkan kerana faktor kualitinya…
SOALAN 7:
Saya sedang memikirkan pilihan antara membeli dua ekor kambing bersaiz kecik berharga RM 900 setiap satu, atau seekor kambing baka besar berharga RM 1600/1700…
Untuk pengetahuan, walaupun 2 ekor kambing kecil lebih mahal RM 100/200 dari seekor kambing baka besar, namun dari segi kuantiti daging bersih, seekor kambing baka besar lebih banyak dagingnya dari 2 ekor yang kecil…Soalan saya, pilihan mana yang lebih utama?
JAWAPAN:
Isu ini melibatkan dua sudut:
Pertama: Sudut manfaat…Tidak dinafikan daging yang lebih banyak lebih baik, kerana ia dapat disedekah atau dimanfaatkan kepada lebih ramai orang…
Kedua: Sudut kualiti ibadahnya kepada Allah…Jika dilihat dari sudut ini, kelihatan 2 ekor kambing itu lebih baik walaupun sedikit kurang daging bersihnya selepas disembelih, kerana ia melibatkan dua nyawa berbanding 1 nyawa…Malah kesanggupan seseorang itu membelanjakan lebih wangnya menunjukkan keikhlasan dan kesungguhannya dalam melaksanakan ibadah tersebut demi mendapat keredhaan Allah…
Saya cadangkan: Lihat apa yang terbaik buat diri kita dan masyarakat di sekeliling, kerana kedua-dua pilihan ada maslahatnya…
Boleh jadi jika ramai yang gemar daging-daging dari jenis baka tertentu, maka boleh didahulukan jenis itu walaupun kuantitinya lebih sedikit…
Jika lebih memerlukan kuantiti dagingnya pula, maka buatlah pilihan yang membantu situasi tersebut…
Apapun, pilihlah pilihan yang mampu meningkatkan iman kita dan kualiti ibadah kita kepada Allah dan memberi lebih manfaat pada masyarakat sekeliling…
-Ustaz Kamilin Jamilin
Wednesday, 23 August 2017
Foobar2000: Pemain Audio Terbaik (Percuma)
Main features
- Supported audio formats: MP3, MP4, AAC, CD Audio, WMA, Vorbis, Opus, FLAC, WavPack, WAV, AIFF, Musepack, Speex, AU, SND... and more with additional components.
- Gapless playback.
- Easily customizable user interface layout.
- Advanced tagging capabilities.
- Support for ripping Audio CDs as well as transcoding all supported audio formats using the Converter component.
- Full ReplayGain support.
- Customizable keyboard shortcuts.
- Open component architecture allowing third-party developers to extend functionality of the player.
Download Link : foobar2000 v1.3.16
Semoga Bermanfaat!
Sunday, 20 August 2017
Surah Al-Masad: Doa Celaka untuk musuh Islam
Ini kisah semalam. Saya menggantikan kuliah maghrib rakan saya. Saya memilih untuk berkongsi tafsir Surah Al-Masad atau lebih dikenali sebagai Surah Tabbat Yada. Saya merujuk Tafsir Kabir, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Qurtubi dan Tafsir Munir. Surah ini pendek sahaja dan mengisahkan Allah mencelakakan Abu Lahab dan isterinya kerana permusuhan dan kebencian terhadap ajaran Islam dan menyakiti dan mencerca Rasulullah s.a.w.
Mengikut riwayat, Abu Lahab terkena satu penyakit yang berjangkit yang amat ditakuti oleh orang Arab. Selama 7 hari dia menderita dan ditinggalkan bersendirian oleh keluarganya. Akhirnya dia mati dan mayatnya dibiarkan busuk selama 3 hari. Kemudian digali lubang kubur dan mayatnya ditolak ke dalam lubang dengan kayu yang panjang. Kemudian dilemparkan batu-batu daripada jauh sehingga menutupi lubang kuburnya. Abu Lahab adalah pembesar Quraisy tetapi mati dengan penuh kehinaan di dunia.
Betapa celakanya hidup Abu Lahab dan isterinya di dunia dan akhirat sehingga doa kecelakaan ke atas mereka ini dibaca sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kini. Doa kecelakaan ini tidak akan berhenti hingga berlakunya hari akhirat. Bayangkan betapa ramai manusia yang mendoakan kecelakaan kepada Abu Lahab dan isterinya. Abu Lahab menjadi simbol manusia keras kepala yang ingkar dan menentang seruan Rasulullah s.a.w. agar beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
Surah ini bukan hanya sebuah cerita tentang Abu Lahab dan isterinya. Jika surah ini turun untuk Abu Lahab dan isterinya sahaja maka tidak perlu surah ini diturunkan. Surah ini adalah pengajaran kepada manusia bahawa golongan yang membenci dan memusuhi ajaran Islam dan Rasulullah s.a.w. bahawa hidupnya di dunia dan akhirat akan mengalami kecelakaan. Tiada yang lebih celaka dalam hidup apabila mati dalam kehinaan dan menjadi penghuni api neraka. Moga Allah menjauhkan kita daripada perkara berkenaan.
Abdél Rahmanov
20 Ogos 2017
Thursday, 17 August 2017
Kelebihan Doakan Saudaramu Tanpa Pengetahuannya
ANTARA DOA YANG MUSTAJAB.
Antara doa yang mustajab bilamana seorang muslim mendoakan kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيْهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ. كُلَّمَا دَعَا ِلأَخِيْهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِيْنَ. وَلَكَ بِمِثْلٍ.
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan TANPA pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada Malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka Malaikat tersebut berkata: ‘Aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan." (HR Muslim)
Walaupun orang yang didoakannya berada di hadapan orang yang mendoakannya, seperti berdoa dengan hatinya atau dengan lisan tetapi tidak terdengar oleh orang yang didoakan. Asalkan doa itu TIDAK DIDENGARI oleh orang yang kita doakan. Ajaibkan doa. Wallahua'lam.
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Wednesday, 16 August 2017
Syarah Sahih Bukhari dalam Bahasa Melayu
(Admin) Sudah terbit Syarah Sahih al-Bukhari dalam Bahasa Melayu. Mungkin yang pertama seumpamanya. Juga boleh dilayari dari web darulkautsar
(disertai video & indeks tajuk perbincangan) -
http://tinyurl.com/ze4u957
atau
www.darulkautsar.net/menu
[Jumlah hadis terkini yang disyarah mungkin belum sampai suku daripada hadis hadis yang terkumpul dalam Sahih al-Bukhari. 2 jilid ini merupakan tulisan yang terkini.
Doakan ada sambungan lagi. Mungkin memakan berbelas jilid kesemuanya]
Boleh hubungi Ust. Muawiyah di no 017 941 9475 untuk tempahan
-Maulana Asri Yusoff
Salafi terlalu tegas dalam hal Agama?
Walaupun ramai tak suka salafi kerana sikap mereka yang terlalu tegas dalam hal agama, namun saya sangat berterima kasih dengan pandangan² mereka. Semuanya ada sandaran nas. Cara memahami nas mungkin berbeza di antara satu golongan dengan golongan yang lain. Dan perbezaan tersebut tidaklah besar mana. Terpulang pada masing² dan berlapang dada, asalkan tidak jauh tersasar dari maksud agama.
Kenapa saya berterima kasih dengan mereka? Kerana hari ini terlalu banyak perkara agama kita ambil ringan dan bermudah-mudah dengannya. Terlalu longgar. Bukan sahaja kalangan masyarakat awam. Bahkan para ilmuan agama. Khuatir kalau terlalu longgar, nanti terlondeh terus. Tercabut agama dari tubuh kita. Hilang harga diri di sisi ALLAH. Jadi, kena dengar juga pandangan² yang tegas yang mungkin berbeza dari amalan kita dalam masyarakat. Sekadar nak bagi ketat mana² yang dah longgar.
Apa yang para Sahabat radhiAllahu `anhum pandang berat, kita pada hari ini telah anggap ia sebagai ringan dan tidak ada apa². Bahkan pada zaman tabiin lagi sudah berlaku. Apatah lagi kita yang sangat jauh dari zaman Sahabat Nabi radhiAllahu `anhum ajma`in. Justeru, kita mesti rujuk kembali cara beragama para salafussoleh terutama para Sahabat kerana mereka hidup pada zaman turunnya wahyu dan faham sebab hadith. Mereka hidup dan berjuang bersama Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Walaupun mungkin sebahagian kita tak setuju dengan pembawaan salafi, namun dengarlah. Mereka adalah saudara seIslam kita. Kerana sebagai orang yang sederhana, matang dan beriman, kita mesti buka pancaindera kita untuk mendengar dari pelbagai pihak. Mungkin ada yang disampaikan, menjadikan kita lebih dekat dengan ajaran Nabi yang sebenar dan lebih menjadikan kita takut kepada ALLAH.
Yang dijamin mulia ialah salafussoleh. Bukan salafi. Tapi mungkin kita boleh tumpang sedikit sebanyak ilmu mengenai salafussoleh yang mulia itu dari salafi. Juga dari tablighi, haraki dan lain-lain.
-Shahmuzir Nordzahir
Thursday, 3 August 2017
Fitnah Terhadap Syeikh Hussain Yee
[FITNAH TERHADAP SHEIKH HUSSAIN YEE OLEH PAGE AHLUSUNNAH WALJAMAAH KELANTAN]
Seorang individu menghubungi kami melalui 'Private Message' di Page kami bertanyakan adakah betul dakwaan dari page 'Ahlusunnah Waljamaah Kelantan' (ASWAJA Kelantan) ini. Maka kami mengambil langkah menghubungi Sheikh Hussain Yee sendiri bagi mendapatkan kepastian. Apa jua berita yang kami terima kami akan siasat sebelum dikongsikan.
1. Gambar yang digunakan oleh ASWAJA Kelantan ini merupakan gambar 3 tahun lepas semasa pengebumian ayah kepada salah seorang jemaah Al-Khaadem iaitu Amiruddin yang berdiri di sebelah kiri Sheikh Hussain Yee di dalam gambar. FITNAH dari ASWAJA Kelantan.
2. Pada tarikh yang disebut oleh ASWAJA Kelantan, Sheikh Hussain Yee tiada di Melaka tetapi berada di pejabatnya sepanjang pagi dan berkuliah pada sebelah malam. Jelas ianya adalah fitnah dari pihak ASWAJA Kelantan.
3. Sheikh Hussain Yee bukannya baru memeluk Islam tetapi beliau telah memeluk Islam lebih dari 40 tahun. Barangkali ada di kalangan admin ASWAJA Kelantan yang lebih muallaf dari Sheikh Hussain Yee dari segi usia Islamnya.
4. Seruan oleh ASWAJA Kelantan agar Non Muslim yang ingin memeluk Islam untuk memeluk Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wa Salam. Alhamdulilah, beribu individu telah memeluk Islam melalui usaha dakwah Sheikh Hussain Yee di seluruh dunia. Apa pula usaha ASWAJA Kelantan dalam berdakwah kepada Non Muslim selain dari menyebarkan fitnah terhadap sesama Muslim?
Hanya dengan menggunakan nama Ahlusunnah Waljamaah tetapi akhlak buruk mengfitnah itu sudah tentunya bukan akhlak ajaran Ahlul Sunnah yang sebenar.
Kami tidak akan bercakap bagi pihak Sheikh Hussain Yee tetapi barangkali beliau akan mengfailkan saman malu terhadap para Admin page ASWAJA Kelantan yang berniat buruk merosakkan imej beliau. Akhir kalam, Sheikh Hussain Yee mendoakan agar Allah membinasakan mereka yang suka mengfitnah dan semoga doa Sheikh Hussain Yee dimakbulkan kerana tiada hijab bagi doa orang yang ditindas. Allahuma Ameen.
Admin
Sumber: Page Bro Firdaus Wong
Pelajari Bahasa Arab
Pelajari Bahasa Arab.....
Jika kita berasa malu dan kerdil kerana tidak mampu berbahasa Inggeris, tidak mampu membaca buku, akhbar, mendengar berita dalam Bahasa Inggeris, kenapa kita tidak merasa malu dan kerdil kerana tidak mampu memahami Bahasa Arab, bahasa Nabi kita -sallahu alaihi wasallam-, bahasa Al-Quran, bahasa solat, bahasa zikir...
Apakah ertinya solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam, jika bacaan-bacaan dalam solat hanyalah sekadar pergerakan lidah dan bibir tanpa difahami maksudnya di dalam hati. Sedangkan solat adalah ibadah terbesar bagi seorang Muslim dan tiang agama dalam Islam. Solat disifatkan dalam hadis sebagai MUNAJAT (bisikan) antara hamba dengan Tuhannya. Bagaimana mungkin seorang hamba bermunajat kepada Tuhannya, sedang dia tidak faham apa yang dimunajatkan oleh lidahnya....
Hakikatnya, solat fardhu bukanlah sekadar pergerakan anggota zahir, ungkapan bacaan-bacaan wajib dan niat pada permulaan takbiratul ihram. Itu hanyalah solat dari sudut fiqah yang boleh melepaskan kewajipan seseorang muslim.
Tetapi solat yang sebenar ialah solat yang dilakukan dengan menghadirkan bacaan Quran, zikir dan doa di dalam hati. Apabila lidah menyebut doa, hati turut bersungguh-sungguh bermohon dengan penuh rajaa', apabila lidah menyebut istighfar, hati turut merasa insaf dan takut terhadap dosa-dosa lalu. Ketika lidah membacakan ayat tentang syurga, hati membuak-buak kerana terlalu ingin mengecapinya. Ketika lidah membacakan ayat neraka, hati turut merasa gerun dan gementar, takut dijamah oleh api neraka. Apabila lidah menyebut ayat-ayat tentang sifat Allah, hati turut merasakan kebesaran dan kehebatan Tuhannya.
Jika seseorang mendirikan dan memelihara solat fardhu lima waktu dengan ertikata solat yang sebenar, dengan penuh penghayatan zahir dan batinnya, sudah pasti hubungannya dengan Tuhannya semakin rapat.
Untuk itu, mempelajari Bahasa Arab adalah satu kewajipan. Sepatutnya Bahasa Arab diberikan prioriti yang lebih berbanding dengan bahasa-bahasa asing lain. Sebagaimana tingginya kedudukan al-Quran berbanding buku-buku dan majalah-majalah duniawi, begitulah tingginya kedudukan Bahasa Arab berbanding bahasa-bahasa lain. Sebagaimana besarnya kedudukan Solat Fardhu berbanding amalan-amalan lain, begitulah pentingnya Bahasa Arab berbanding bahasa lain.
Justeru, belajarlah Bahasa Arab.... Sekurang-kurangnya kita faham maksud setiap kalimat yang kita baca, samada bacaan Quran, zikir, atau doa, sama ada dalam solat ataupun zikir-zikir selepas selesai solat.
-Ustaz Lokmanulhakim Hussain
Sunday, 11 June 2017
Puisi Lalu Aku Dipanggil Wahabi
WAHABI ADALAH WAHABI
Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi
Saturday, 27 May 2017
Cara Menanam Rasa Seronok Berniaga
Kenalpasti apa minat Tuan. Jika suka kamera,jual barang berkaitan kamera. Level ini lebih kepada MELATIH DIRI KENAL KONSEP KOMUNIKASI,HUBUNGAN,KREATIF. Bukan nak untung! Kumpul database pelanggan.
Bina branding dan tanam kepercayaan pelanggan dalam bisnes anda. Waktu ini nak beritahu kepada semua orang AKU ADA BERNIAGA .... KALAU NAK BELI,CALL AKU.
Perlahan-lahan S.O.P asas perniagaan dibentuk. Cara jawab soalan,handle rejection,rancang promosi seperti waktu hari gaji.
Modal berniaga tadi kembangkan kepada perniagaan yang anda benar mahu buat. Juga kembali kepada step 1
Tips Hadapi Dan Lulus Ujian Di Dunia
1. Beriman dengan takdir Allah
2. Yakinlah pasti ada hikmah
3. Ingat, ujian kita tu xseberapa. Org lain lebih teruk
4. Semakin kuat iman kita, semakin kuat ujiannya
5. Di sebalik kesulitan akan ada kemudahan
6. Bersabar, Bersabar, Bersabar
7. Ucap Innalillahi wainna ilaihi raajiuun dan sentiasa doa
8. Muhasabah diri, byk2 ISTIGFAR
Permulaan Air Asia: Cerita Inspirasi Dari Kisah Benar
AN INSPIRING TRUE STORY
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).
Pusat Perlindungan Gadis Terlanjur Serta Hamil
- Kelas agama dan pemantapan spiritual (oleh ustazah-ustazah yang disediakan oleh pihak MAIS)
- kelas kemahiran
-pemeriksaan kesihatan/kandungan di Hospital Kerajaan
-Proses kelahiran di Hospital Kerajaan
-Proses berpantang dan penyusuan
-proses makluman, kefahaman dan surat menyurat berkaitan undang-undang
-nasihat guaman sivil/syarie
-kaunseling dan penasihatan
-diet/makanan seimbang sepanjang tempoh kehamilan
-Pendidikan reproduktif
Kedai Buku Terpakai Seluruh Malaysia
(Kedai Buku Terpakai Seluruh Malaysia)
1. Ocean Used Books
1. Languange book corner, Langkawi
2. Kedai buku Fiha
3. Bistro pustaka (cawangan alor setar)
4. Zone Ranger (Gerai Bergerak/ FB Novel Majalah Terpakai@En Nizam)
5. Pasar karat kg berjaya, alor setar
1. Novel hut ipoh
2. Bistro pustaka (cawangan parit buntar, akan dtg)
3. Alam bacaria (manjung)
4. Pasar karat loken
5. Pasar karat kamunting
6. Empire bookstore kuala kangsar
7. Ijjalyza bookstore
8. Kedai buku shidah medan selera dbi ipoh
Sebab Dipandang Sinis Bila Disuruh SABAR
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az Zumar: 10).
Imam Al Auza’i mengatakan, “Pahala bagi orang yang bersabar tidak boleh diukur dan ditimbang. Mereka benar-benar akan mendapatkan ketinggian derajat.”
Atasi Terlelap Seketika Ketika Memandu (OPS SIKAP)
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."
Friday, 24 February 2017
Adab Sebelum Tidur (Sunnah Nabi)
(1) Tidurlah dalam keadaan BERWUDHU.
Hal ini berdasarkan hadith Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)
Status hadith ini SHAHIH.
(2) Tidur berbaring pada SISI KANAN.
Hal ini berdasarkan hadith di atas. Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322).
(3) MENIUP TAPAK TANGAN setelah membaca 3 qul. Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata:
كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari No. 5017).
Status hadith ini SHAHIH
Motivasi Anak Muda Dalam Bisnes (12 Strategi Bisnes Barnes)
SURAT KEPADA PUAN GURU AINON MOHD.
Saya membaca catatan demi catatan dari ramai anak muda kepada Puan Guru yang meminta Mentoring dari Puan Guru. Saya mendoakan dengan khusyuk pada suboh hening ini, ramai anak muda akan berjaya semasa berada di makmal tersohor Ainon Mohd. Business School.
Berikut adalah catatan ringkas dari saya untuk dititipkan pesan pedoman kepada anak anak muda itu:
Edwin C Barnes, seorang anak muda tidak berduit dari Midwest. Miskinnya dia sehingga tidak mampu membeli tiket keretapi penumpang mahu ke West Orange, New Jersey. Dia mahu ke sana bertemu Pereka tersohor Thomas Alva Edison.
Pada suatu pagi 1905, dia menaiki keretapi barang. Yang dia ada hanya modal tekad diri. Dia mahu menjadi rakan kongsi Thomas A Edison. Rakan kongsi tanpa modal duit. Tanpa modal skill. (Yang dia ada hanya MTD - Modal Tekad Diri).
Apabila tiba di Makmal terkenal milik Edison, Barnes yang datang tanpa pakaian sopan bergaya ala orang kaya memperkenalkan dirinya sebagai bakal partner Edison. Hampir semua kakitangan Edison ketawa terbahak-bahak. Thomas Alva Edison tidak ketawa.
Dia menyuluh ke dalam diri anak muda itu dengan pandangan "tembus mata hati" betapa anak muda itu telah bersedia dengan tekad besi waja mahu membawa syarikat kumpulannya ke tahap yang luar biasa. Apa yang anak muda itu perlukan adalah BSB - "bateri sokongan bimbingan" untuk memacu dia kearah kejayaan.
Edison menawarkan Barnes kerja sebagai penyapu sampah di pejabatnya. Barnes menerima dengan senang hati. Barnes tahu masa untuk beliau akan tiba. Beliau telah dibukakan pintu untuk berada dipersada kejayaan - mengenal siapa jua yang melangkah ke makmal terkenal Edison.
Kata kunci dalam bisnes: NETWORKING
Tuesday, 21 February 2017
Kisah Pengorbanan Seorang Ayah
Sunday, 12 February 2017
Sunnah Berdoa Sebelum Memberi Salam (Selepas Tahiyyat Akhir)
Saturday, 11 February 2017
Mengapa Sukar Kembangkan Bisnes?
+ Apabila semua perkara mahu dilakukan sendiri, tak banyak key aktiviti untuk menambah duit masuk dapat dilakukan. Ini menyebabkan sesebuah bisnes hanya dapat menjana keuntungan statik iaitu hanya 20k setiap tahun.
+ Staff adalah asset syarikat. Mereka yang akan menjalankan bisnes kita walaupun tanpa kita berada di pejabat. Dengan adanya SOP barulah bisnes tak melekat di badan. Jika suatu hari kita kemalangan, bisnes kita tetap dapat dijalankan oleh staff kita.
+ Ada mindset usahawan yang berbisnes hanya bertujuan untuk cukup sekadar dapat menampung keperluan harian mereka. Bagi usahawan begini, mereka beranggapan tak perlu untuk kembangkan bisnes.
+ Ramai usahawan tidak suka berkawan-kawan. Bagi mereka dari keluar berkawan dengan orang bisnes lain, lebih baik mereka pergi dapatkan pelanggan. Jadi kerja mereka hari-hari hanyalah menjual.. menjual dan menjual. Bagi mereka tiada jualan, tiada duit masuk. Sebenarnya 60% Sales datang dari networking dan 40% datang dari Effort.
+ Salah satu skill yang perlu ada untuk kembangkan syarikat adalah skill bekerjasama. Skill ini penting dalam membuka channel-channel baru. Skill bekerjasama yang bagus dapat memuaskan hati kedua-dua pihak lalu wujudnya hubungan bisnes yang menjana pendapatan syarikat.
Wednesday, 8 February 2017
Bila diajak mengamalkan Sunnah yg sahih, lalu diejek sebagai "Wahabi"
Tips Percuma Gandakan Jualan Dua Kali Ganda Dengan Pantas
Wednesday, 18 January 2017
Pesanan Buat Lelaki Yang Kehilangan Kekasih Hatinya
Kesian dan sedih bila baca nukilan saudara Mohd Azizi yg ditinggalkan tunang dan berkahwin dgn lelaki lain. Remuk hati ni walaupun saya sendiri seorang perempuan.
Selaku seorang perempuan, saya nak pesan pada adik2 laki saya, sahabat2 laki saya, kenalan2 laki saya..
Pilih perempuan janganlah semata-mata kerana rupa. Banyak benda awak kena pertimbangkan kalau nak pilih pasangan hidup. Paling mudah, awak fikir balik bagaimana Rasulullah SAW memilih isteri baginda? Kenapa Nabi Muhammad SAW sayang dan cinta sgt pada isteri baginda, Saidatina Khadijah? Apa ada pada Saidatina Khadijah? Apa ciri-ciri istimewanya?
Menurut pengetahuan saya yg cetek lagi terbatas ni, Saidatina Khadijah adalah seorang wanita yg matang, bijaksana, keperibadian dihormati, berjiwa dan berpemikiran usahawan, berfikiran jauh, tabah dan tidak takut utk hidup susah. Banyak lagi ciri2 yg saya tak sebutkan di sini.
Saudara lelakiku..
Sayang orang tidak bermakna awak perlu taburkan wang ringgit utk tambat hatinya. Kalau buahati awak asyik merajuk kalau awak tak belikan apa yg dia nak, tolonglah TINGGALKAN perempuan sebegitu. Dalam kes saudara Mohd Azizi, saya rasa Allah SWT sayangkan awak. Bayangkan kalau sebelum kahwin dah minta itu ini, kalau tak dapat terus bergaduh dan merajuk. Bagaimana pula kalau lepas dah berkahwin? Kurus keding awak nanti nak melayan permintaan isteri awak.
Tak perlu habiskan wang ringgit utk wanita yg belum sah jadi milik awak. Pasir pantai pun berubah, inikan pula hati manusia. Beringatlah. Hati awak mungkin sama selepas bertahun-tahun. Tapi hati dia? Masihkah sama? Bukan saya nak ajar awak jadi kedekut. Jadi lelaki jangan kedekut. Cuma pemurah perlulah pada tempatnya.
Cuba awak renung kembali. Awak belanja ribuan ringgit utk kekasih awak, tak lokek langsung. Tapi dalam masa yg sama, awak tunaikan tak tanggungjawab awak kepada ibu bapa dan saudara darah daging awak? Sentiasa.. please.. SENTIASA jaga hak keluarga awak sebelum awak nak manjakan buah hati awak tu.
Awak belanja kekasih makan di tempat best2, mak ayah awak makan apa di rumah? Awak support kekasih awak. Adik-adik awak cukup tak duit belanja makan? Keperluan kekasih awak penuhi. Keluarga awak dah cukup ke serba-serbi? Renung balik.. Awak sayang keluarga awak, itu bukan perkara sia-sia. Bagi saya, lelaki sejati adalah lelaki yg mampu jaga keluarganya, bukannya jaga awek. Seorang lelaki yg dah menggalas tanggungjawab utk jaga keluarga sendiri nescaya mampu jadi ketua keluarga di kemudian hari.
Carilah wanita yg matang dan sanggup susah-senang bersama awak. Jangan cari perempuan yg meletakkan tanggungjawab 100% utk menjaga keluarga pada awak. Lihat Saidatina Khadijah dan Rasulullah. Bagaimana mereka berdua jadi ikon keluarga Islam. Usahawan terkenal, bekerjasama dalam urusan perniagaan dan harta yg mereka dapat disalurkan utk menyebarkan dakwah. Di Malaysia pun saya lihat beberapa tokoh suami isteri yg dihormati dan merupakan usahawan berjaya. Cari wanita yg lepas berkahwin, dia menambahkan harta dan bukannya membotakkan kepala awak di kemudian hari.
Cari wanita kerana agama dan hati budinya. Kalau kekasih awak jenis maki-maki tinggikan suara bila bergaduh dgn awak, tolonglah TINGGALKAN dia. Dan kalau awak pun dari spesies yg sama, you deserve each other..haha! Kalau sebelum kahwin pun dah tiada rasa hormat, macam mana selepas kahwin nanti ya? Saya selalu cakap benda ni. Tuturkata dan bahasa melambangkan keperibadian kita. Cari wanita yg bahasanya lembut dan menenangkan jiwa. Elok lusa, wanita sebegitulah yg awak harapkan jadi penawar saat awak gundah-gulana.
Panjang pulak saya bebel hari ni. Kesian la. Saya taknak kawan laki, adik laki saya kecewa dimainkan perempuan. Awak kajilah pemikiran dan pendirian seorang wanita sebelum awak jadikan pasangan. Tengok serasi ke tidak. Jangan cari yg macam kanak-kanak. Moga berpanjangan ke jinjang pelamin..
-Naz Ahmad
Monday, 16 January 2017
Poligami Tidak Lagi Relevan??
POLIGAMI TIDAK LAGI RELEVAN??
Isu ini cukup sensitif pada insan yang bergelar wanita dan isteri…Sehingga seringkali emosi diri mengatasi naqli…Pelbagai tohmahan dilemparkan pada sang suami…Kerana berpoligami tanpa kerelaan diri…Lalu disangka Islam itu tidak memberi keadilan buat isteri…
1. Fahamilah, bahawa Islam tidak mewajibkan sang suami berpoligami, bahkan sekadar memberikan kelonggaran untuk melakukannya dengan kriteria tertentu…Ia hanyalah JALAN KELUAR, PENAWAR dan PENYELESAI MASALAH bagi sesetengah situasi…
2. Poligami telah wujud sejak sekian lama sebelum kedatangan Islam lagi di seluruh dunia, bahkan dalam agama Kristian dan Yahudi itu sendiri tidak wujud larangan untuk berpoligami yang memungkinkan untuk seseorang itu berkahwin dengan seramai mana wanita yang diingininya tanpa sebarang panduan!
Lalu datang Islam menghadkan kadar poligami dalam satu-satu masa kepada 4 isteri sahaja dengan syarat-syarat yang bukan mudah dipenuhi ramai lelaki walau sekaya mana pun dia…Maka di mana kebobrokan Islam yang dirasakan berbanding agama-agama dan tradisi lain?? Seolah-olah Islam yang “mencipta” amalan poligami ini??
3. Islam tidak menjadikan amalan berpoligami semberono mengikut hawa nafsu serta keinginan sang lelaki, bahkan syaratnya ketat…Ancamannya dahsyat…Bagi mereka yang mengabaikan hak para isteri dan tidak berlaku adil terhadap mereka…
Bukankah Allah berfirman: “Kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian sekalipun kalian bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)…” [al-Nisa’]??
4. Nas-nas agama seperti ini bukan hanya dipetik sana-sini mengikut hawa nafsu diri, tetapi perlu dipelajari dari mereka yang ahli…Kemampuan yang dinafikan dalam ayat ini bukan kemampuan fizikal material, bahkan kemampuan hati…
Yang bermaksud: Walaupun kalian sememangnya telah cuba berlaku adil secara zahir yang membabitkan nafkah, masa, pemberian, interaksi, dan seumpamanya, namun jauh dalam lubuk hati kalian barangkali ada perbezaan dalam kasih sayang walau sedikit…
Disebabkan itu Nabi SAW sebagai panduanmukmin yang berpoligami sering berdoa: "Ya Allah, inilah usaha pembahagianku dalam apa yang aku miliki (mampu), maka janganlah Engkau cela aku dalam apa yang Engkau miliki sedangkan aku tidak memilikinya” [Riwayat al-Tirimidziy dan lain-lain].
Iaitu seorang suami itu barangkali boleh berlaku adil dalam apa yang termampu dilakukan olehnya secara fizikal, namun hati itu suatu yang sukar dikawal oleh empunya badan yang terkadang tidak sekata dengan perilakunya...
5. Justeru Allah menuntut suami supaya tetap berlaku adil secara luaran demi memenuhi hak rumah tangga sekalipun andainya kasihnya terhadap para isteri berbeza-beza...
Sebagai contoh: Si isteri barangkali lebih menyayangi ibunya dari suaminya dan dia tidak dipersalahkan dalam hal itu, kerana kasih sayang itu urusan hati...Namun muamalah luaran serta hak-hak suaminya tetap perlu dia tunaikan dan utamakan dari ibunya...
Itulah maksud ayat surah al-Nisa’ tersebut yang perlu dibaca penuh..! “Kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian sekalipun kalian bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); Oleh itu janganlah kalian cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kalian sayangi) sehingga kalian biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kalian memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Janganlah anda mentohmah rata-rata lelaki ini berpoligami atas dasar nafsu, sedangkan anda “berfatwa” memilih-milih nas mengikut nafsu anda! Anda telah telah menjadikan akal anda “hakim” bagi nas-nas tersebut yang diputuskan hukumnya mengikut selera dan perasaan anda! Jika anda rasakan tidak sesuai mengikut nafsu akal anda, anda tolak, jika ianya memenuhi keinginan anda, maka halallah natijahnya..!
Janganlah kerana kelemahan segelintir suami, anda letak musibahnya di pundak syariat! Seakan anda mengharamkan syariat Jihad yang kekal hingga hari kiamat semata-semata kerana kesilapan segelintir umat Islam yang gagal memahami konsep Jihad atau gagal menunaikan hak Jihad..!
Ya, Islam tidak gah dengan poligami, tetapi kita umat Islam gah dengan Islam...Tetapi hari ini umat Islam hilang gahnya kerana “membuang” Islam...Kerana umat Islam hari ini gemar menyerasikan Islam mengikut acuan dan tekanan musuh Islam...
Saya katakan: Jika umat Islam mampu berpoligami mengikut syariat Islam, ya, itulah kemegahan kita! Jika tidak, carilah “lebah” yang patuh syariah dalam poligami rumah tangga..Pasti ada...Saya ada ramai calon sahabat sebegitu.. ;)
- Ustaz Kamilin Jamilin
Betul.
1. Bilangan ibu tunggal & andalusia yg lebih ramai berbanding dulu.
2. Makin ramai wanita yg berpendapatan sendiri dan boleh (bukan mesti) menjaga diri tanpa mengharap suami. Boleh nikah misyar + poligami jika semua pihak setuju.
3. Amalan zina melalui pelacuran & perempuan simpanan berleluasa, poligami salah satu mitigasi. Di negara2 yg mengharamkan poligami, kebejatan seksual amat berleluasa.
4. Majoriti wanita memang anti-poligami, tapi ada minoriti wanita yg pro-poligami dan PERLU poligami. Islam agama utk semua, bukan utk golongan majoriti sahaja. Sebab itu ada poligami. Dan majoriti lelaki memang tak layak & tak mampu poligami pun.
5. Poligami boleh beri kebebasan kepada isteri di luar waktu giliran. Dia boleh 'cuti' daripada tugas2 isteri sepanjang giliran suami dgn madunya. Nak cuti panjang2 pun boleh, asalkan dirunding dgn cara baik dgn suami & madu/madu2. Masa cuti tu bolehlah plan nak shopping lama2, travel dgn kawan2, business trip etc suami pun tak komplen. Sangat sesuai utk wanita2 yg outgoing dan punyai social circle yg luas di luar rumahtangganya. Nak buat master dgn PhD pun senang, boleh buat perjanjian win-win dgn suami & madu/madu2. Yg penting tahu menjaga batas sepanjang di luar tempoh giliran.
Sayangnya, ramai yg nampak negatif saja pasal poligami.- Ya Seam
Salam.. Manusia x mampu berlaku adil dlm kasih syg... Syg manusia pada anak pn berbeza2.. Tp dlm nafkah kita beri berdasarkan prinsip adil.. -Azfeez Ezry
Sbg wanita, kalau boleh saya pun x nak berkongsi suami dgn org lain. Tp bila al-Quran n al-hadith benarkan dgn SYARAT2 tertentu, maka kita para isteri akur diam2 ajelah.. sambil doa minta tdk diuji dgn ujian yg kita x sanggup pikul. Berani nak pertikai itu ini takut hilang suami, tp x takut hilang agama n akidah? -Nurr Awang
Sbnrnya ramai wanita yg dulunya bermati-matian menolak poligami adalah kerana dia isteri pertama.
Tp bila dia sendiri diuji dgn perceraian, x malu plk dia mahu kahwin dgn suami org...
Kalau dia insaf n tarik balik kata2 dia dulu ok laa jgk. Tp kalau yg jenis x sedar diri, skrg dia plk beria2 mengangkat slogan "suami bukan hak milik" laa... "Tiada beza isteri pertama dgn kedua" laa.. -Nuur Awang
Dipetik dari Page FB Ustaz Kamilin Jamilin