Friday, 1 April 2016

Aku Mencintaimu kerana Allah

Aku mencintaimu kerana Allah

Ramai orang selalu mengucapkan kalimat indah ini namun tidak memahami maknanya. Biasa kita dengar, pasangan yang bercinta mengatakan 'aku mencintai-mu kerana Allah. Sedang yang dikehendakinya ialah 'dunia' atau 'balasan' daripada ucapan cintanya itu.

Daripada Abu Bakr Al-Maruzi (wafat 275 hijrah) bahawa pernah ditanyakan kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 hijrah) tentang pengertian cinta kerana Allah, maka beliau pun menjawab ;

هو أن لا تحبه لطمع دنياه
Ia adalah kamu tidak mencintai seseorang kerana tamak kepada dunia yang dimiliki olehnya.

[Tabaqat al-Hanabilah, Ibn Abi Ya'la]

# Maksud tidak tamak dunia, ialah kita tidak menginginkan dunia yang dimiliki olehnya seperti hartanya, kejelitaan dan ketampanannya, tubuh badan dan wajah yang cantik atau kepandaiannya.

Seorang lelaki yang mencintai seorang muslimah kerana Allah, lalu mendapati ada lelaki lain yang lebih baik, lebih bermanfaat untuk menjadi suami kepada wanita tersebut maka dia pun melepaskannya demi mengharapkan keredhaan Allah maka itulah cinta kerana Allah....

Ada hadith menyebut ;
إنك لن تدع شيئا لله عز و جل إلا بدّلك الله به ما هو خير لك منه
'Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikan kepadamu dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.' [Riwayat Ahmad]

Kisah benar.

Saya pernah kenal seseorang yang sudah bertunang dan mencintai tunangnya...Tiba-tba tunangnya dipinang oleh seseorang yang lebih baik daripada dirinya.

Lelaki itu tidak mengetahui mereka sudah bertunang.

Lelaki itu sudah bekerja, sedang dia masih belajar.  Berilmu tinggi sedang dia masih tahun satu di universiti. Lelaki itu lebih sesuai untuk tunangnya kerana telah 'punya' kemampuan sedang dia masih belajar...Terkial-kial dan dia mahukan tunangnya hidup bahagia dan selesa.

Tunangnya sama umur dengan dia. Jadi pada pertimbangannya maka lebih baik tunangnya bernikah dengan lelaki tersebut dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Itu doanya dan dia pun menarik diri.

Maka dia pun memutuskan pertunangan sebagai memberi jalan kepada lelaki baru itu memiliki tunangnya. Dia pula sambung belajar ke luar negara.

Alhamdulilah, setakat yang diketahui mereka semuanya bahagia.

Cinta itu jika kerana Allah, hasilnya pasti akan indah!

- Ust Emran Ahmad


No comments:

Post a Comment