Saturday 9 April 2016

Buku Terjemahan Riadussolihin Yang Terbaik

Assalamualaikum.

Ramai bertanyakan di mana boleh dibeli terjemahan Riadussolihin. Di sini saya ringkaskan:

1- JANGAN beli yang ringkasan/mukhtasar, kerana ada banyak hadis tiada dalam kitab ringkasan (nama pun ringkasan). Contoh ringkasan ialah ini, yang diterbitkan oleh Telaga Biru, yang berharga RM50. Lihat di sini --> http://www.telagabiru.com.my/produk/buku/ringkasan-riyadhus-shalihin

2- JANGAN beli yang tiada teks arab, yang ada hanya terjemahan sahaja. Contoh Riadussolihin yang ada terjemahan sahaja tanpa teks arab ialah terbitan PTS yang berharga RM120. Lihat di sini --> http://pts.com.my/buku/riyadus-solihin/

3- Asyik JANGAN sahaja, jadi terbitan mana yang bagus?

Setakat ini, saya akan cadangkan beberapa pilihan yang ada.

- Ust Mohd Masri Mohd Ramli

A- Terbitan Klang Book Centre. Harganya sekitar RM50 sahaja. Jilid 1 dan 2 sudah digabungkan dalam satu buku. Boleh rujuk di sini --> http://bukuonline2u.com/terjemahan-riyadhus-shalihin-jilid-1-and-2.html

B- Terbitan Pustaka Jiwa. Harganya jua sekitar RM55 sahaja. Lengkap keseluruhan hadis dan teks arab. --> http://pustakajiwa.com.my/index.php/search-results/riyadhus-shalihin/riyadhus-shalihin-detail

C- Terbitan Al-Hidayah Publisher. Ada 2 jilid. Jika dibeli 2 jilid lengkap, sekitar RM150. Lihat di sini --> http://hidayah.com.my/site/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage-ask.tpl&product_id=145&category_id=33&option=com_virtuemart&Itemid=60

dan di sini --> http://hidayah.com.my/site/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage-ask.tpl&product_id=144&category_id=33&option=com_virtuemart&Itemid=60

Demikianlah perkongsian saya untuk sahabat-sahabat semua.

Mungkin ada yang rasakan mahal. Tetapi ingatlah, kitab Riadussolihin ini kita akan sentiasa baca dan jadikan rujukan hingga mati. Boleh baca untuk anak isteri dan cucu-cucu nanti.

*Saya tidak mendapat sebarang komisyen untuk promosi buku-buku di atas. Saya sekadar kongsi apa yang saya pernah lihat, baca. Saya suka buku, dan memang saya suka belek-belek buku di kedai buku yang saya masuk.


1 comment:

  1. Assalamualaikum..saya bercadang nak beli kitab ni.. boleh cik tunjukkan 1 muka depan kitab yang lengkap terbaik terjemahan bahasa melayu untuk saya jadikan rujukan?

    ReplyDelete