Monday, 4 April 2016

Manusia suka percuma

MANUSIA SUKA PERCUMA

Ramai manusia suka percuma,
Percuma dirasa jalan gembira & bahagia,
Tiada dirasa berat dan rugi tidak dirasa,
Buang sahaja jika tidak suka,
Kerana ia percuma,
Jika percuma dan cepat pula,
Lebih amat gembira,

Mencari kualiti yang percuma itu jarang ada,
Jika ada, ia sementara cuma,
Kerana menjadi adat sebuah 'kualiti', perit jalannya..

Justeru SYURGA jalannya sukar,
Berduri, pedih dan tercabar melengkar,
Manikam itu sangat dikenal sang jauhar,
Berada di jalan sukar,
Namun jauhari tetap bahagia, gembira dan sabar,
Itulah adat kualiti yang bakal dinikmati, jauhari amatlah sedar,

Sedikit yang sanggup lalui jalan berbayar,
Hatta untuk mencapai kualiti bagi diri,
Manusia suka percuma, malas mencabar,
Pabila tercabar, cepat kecewa dan terasa hati,

Akhirnya tertinggal mereka di jalan percuma,
Kuranglah kualiti tiada berdaya,
Susah dan 'bayar' dijauhi lagi malas berusaha,
Jiwa lemah tiada tenaga,
Hanya kritik dan arahan sahaja,

Belilah..bukan hanya tunggu percuma,
Bayarlah..jika ingin kualiti yang kekal lama,
Tahanlah, cabaran & ujian kerana yang kualiti tidak percuma,

Kerana ganjaran Syurga & Redha Allah itu tidak percuma...
Sesungguhnya kesenangan itu ditemui di jalan perit,
Seperti ditegas Allah, tuhan maha berkuasa
Jalan itu luas tidak pula sempit..
Bagi mereka yang beriman dihatinya..
Moga kita dari kalangan mereka..dan bukan hanya suka percuma.

Nukilan
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
16 Mac 2016


No comments:

Post a Comment