Friday, 1 April 2016

Tips Emas untuk Memancung Astro (Terminated)

Ini saya kongsikan tip emas untuk memancung astro:

1) Sediakan topup/line telefon lebih RM100

2) Setiap kali berurusan dengan telefonis, jangan lupa MINTA Report Number. Sediakan pen dan kertas. Catat dengan baik. Minta diulang untuk kepastian.

3) Ada kes, telefonis tak mahu beri Report Number, alasannya keputusan belum dibuat. Sedangkan, report number adalah rekod laporan sahaja. Ia menunjukkan, sudah berapa kali anda buat laporan (bukan buat keputusan). Jika anda tidak bawa pulang Report Number, anggap bil telefon anda sia-sia.

4) Anda kena banyak bersabar, dan tahan iman, kerana sepanjang proses pemotongan, anda akan ditawarkan pakej-pakej 'downgrade' (upsell). Anda harus mencelah dan bertegas, "Maaf, teruskan pemotongan akaun saya."

5) Anda mungkin diminta walk-in ke pejabat terdekat. Selesaikan baki bayaran, atau sebarang denda (jika belum tamat kontrak). Jika anda rasa tidak sepatutnya anda dicaj servis yang tidak digunakan, dapatkan nasihat Tribunal Pengguna (hubungi saja pun boleh).

6) Jika anda ke pejabatnya, hati-hati juga. Anda tetap akan di'upsell' berkali-kali. Macam-macam promosi yang mungkin tak pernah anda tahu, baru diketahui. Ingat. Tegas dengan pendirian anda.

7) Kepilkan catatan dan rekod yang anda pernah hubungi telefonis sebelum ini. Tunjukkan Report Number dan rumusan perbualan. Bawa sekali resit bil yang pernah anda bayar, minta pegawai cetak bayaran yang diterima dari kita. Dan BANDINGkan.

*jika tak simpan resit tak mengapa, minta cetakkan juga rekod terima bayaran.

8) Pengalaman kami, ayah saya yang ke kaunter, sedangkan sebelum itu saya yang hubungi telefonis untuk tutup akaun. Masa tu, lepas pegawai kaunter rujuk Report Number, dia kata saya tak sebut perkataan "Nak Terminate."

9) Saya pesan pada Abah, supaya cabar mereka mainkan semula rakaman. Katakan bahawa kami pun ada merakam sendiri perbualan itu. "Kalau tak padan, kita ke court." (Saya pun tak sangka, sebegini licik modus operandi mereka).

10) Kami tidak meninggi suara. Tapi, pakcik-pakcik di sebelah kaunter sampai ketuk meja. Mungkin kerana kenyataan yang berbelit-belit dari skrip SOP layanan.

11) Kami nasihatkan, anda selesaikan proses ini sehingga habis. Anda telah bermula. Jika anda putus asa di tengah jalan, sudahlah akaun tidak dipotong. Malah, ada kemungkinan akaun anda diupgrade ke HD, atau dipanjangkan kontrak setahun lagi (pengalaman sendiri).

12) Saya cuma boleh pesan pada mereka yang ditawarkan promosi free view. Hati-hati.

Kalau lepas free view kita ditanya lagi nak sambung atau tak, ini namanya PANCING. Jadi, kita berpeluang katakan TIDAK lagi sekali.

Tapi, kalau tak ditanya apa-apa, tahu-tahu terus sambung kontrak, ha ini namanya PERANGKAP.

Jika saya, FREE pun saya tolak jauh-jauh. Pelanduk takkan lupa perangkapnya. Hehe

Bukan nak burukkan atau menghasut. Sekadar berkongsi tips dan teknik-teknik. Mengikut rekod peribadi, saya dah bantu 'terminate'kan 20 akaun astro, sebab selain akaun syarikat majikan sebelum ini, rakan kami orang Jepun turut bermasalah dalam hal ini.

Follow FB saya >> Al Irfan Jani
Jika ada sebarang berita terkini mengenai Tips ini.


No comments:

Post a Comment