Sekiranya kita diuji sakit yang lama atau musibah yang datang bertali arus atau mengalami masalah hidup yang berpanjangan, janganlah kita berputus asa kerana bukan nikmat dunia yang kita perlu kejar.
Apakah kita telah bersungguh dengan solat dan doa? Apakah kita pernah usaha dgn perbanyakkan istighfar sebagai zikir harian? Hakikatnya bertapa ramai manusia yg berjaya di dalam kehidupan yg bangkit dari tersungkur kerana dia tidak berputus asa berdoa kerana Allah SWT tidak janji cepat utk selesaikan masalah namun Allah janji turunkan penyelesaian kepada orang2 yg sabar.
Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya, tatkala menuntut agar hamba2Nya kembali kepadaNya. Namun tetap ada insan2 yg apabila ia diuji lalu ia semakin menjauh dari Tuhannya. Sikap ingin bersegera berlepas dari permasalahan dan tidak sabar ini menyebabkan sesetengah manusia mudah bersuuzon (bersangka buruk) pada Rabbnya dan putus asa dari mengharap.
Apakah kita lebih byk berzikir dari berfikir. Bertapa ramai manusia yg lebih gemar bercerita masalah dgn orang ramai dari bangun malam merintih kepada Penciptanya di dalam doa yg ikhlas. Tidak salah utk bertanya utk mencari jalan tapi bukan hanya sekadar luahan kosong yg tidak bermakna.
Jangan kita anggap dgn ujian itu sebagai singkiran Allah kepada hamba2Nya, kerana para rasul lah yg paling teruk diuji. Walaupun ujian itu berbeza hadir pada cara hidup seseorang namun cara penyelesaiannya tetap sama iaitu bersabar dgn solat dan doa. Allah tidak tolak istighfar bagi insan2 yg berdosa tidak kira apa jua dosa yg dilakukan, Allah tidak tolak doa orang2 yg mengharap dan Allah tidak tolak amalan orang yg sakit meskipun perlakukan tidak dapat dilakukan dgn sempurna.
Jangan terlalu berfikir negatif kerana negatiflah yg akan terperap di dalam diri. Jangan selalu bersangka buruk kerana yg buruk itulah yg akan bersarang di otak. Jangan banyak melihat kelebihan orang lain tetapi lihatlah orang lain lebih teruk diuji agar kita merasa bersyukur tatkala ia akan memberikan semangat utk kita move on.
Jangan terus membiarkan diri kita pasif tanpa usaha kerana Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib diri mereka sendiri, tatkala Allah akan menunjukkan jalan mempermudahkan urusan bagi insan2 yg memohon kepadaNya.
Apakah doa yg mesti kita amalkan disaat teruk diuji?
"Allahumma atina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina 'aza-bannar"
Kat mana tempat nak mohon pada Allah? TAHJUD....
~ ISTIQOMAH ZIKIR PETANG
-Muhamad Rizal
No comments:
Post a Comment