MINDA MISKIN dan RUMAH RATAPAN
Semua peniaga yang berjaya pernah gagal, bezanya mereka itu dapat bangun balik.
Kekayaan seseorang itu bermula dari cara dia berfikir.
Peniaga yang berjaya mempunyai cara berfikir yang berlainan dibandingkan dengan cara berfikir peniaga yang asyik gagal.
Peniaga yang asyik gagal berfikir dengan cara lain.
Apabila mereka bercakap, mereka menggunakan bahasa miskin.
Bahasa miskin menghasilkan kegagalan demi kegagalan.
Selagi seseorang itu bercakap menggunakan bahasa miskin, selagi itu dia tidak menjadi kaya.
Dua ciri utama bahasa miskin:
1. Dia menyalahkan orang lain.
Contohnya, dia menyalahkan pekerjanya. Dia menyalahkan orang Melayu yang hati busuk, pendengki, Dia menyalahkan kerajaan. Dia menyalahkan tarikh lahirnya.... macam-macam lagi yang dipersalahkannya.
2. Dia meratapi nasib malang.
Contohnya, apabila dia hadir mesyuarat, kursus, seminar ataupun persidangan dia menjadikan majlis itu rumah ratapannya. Di situlah dia mengambil peluang meratap-ratap, merintih-rintih, menceritakan macam-macam problemnya.
-Ainon Mohd
No comments:
Post a Comment