Hati itu adalah bekas, kita yang perlu memilih sama ada untuk mengisinya dengan kasih sayang, kemaafan atau kemarahan dan dendam kesumat.
Kadang-kadang kita sudah mengisi hati kita dengan kasih sayang namun kerana api cemburu, sangka buruk dan tidak sabar menyebabkan kasih sayang yang diisi menjadi terbakar atau bertukar menjadi benci.
Pulihkanlah dengan istighfar, taubat dan menanam kembali benih-benih cinta bersama siraman air harapan serta doa tawakal.
Bagi yang memilih untuk mengisi hati dengan benci, dendam dan kemarahan di sanubari, tetap masih punya harapan jika cahaya ilahi dan hidayah Tuhan satu hari nanti menyuluh bekas hati.
Akan padamlah segala kebencian diganti penyesalan...
-Ustaz Emran Ahmad
No comments:
Post a Comment