Sunday, 21 July 2019

Ramai Usaha Selamatkan Penyakit Luaran, Tapi Penyakit Hati?

Kata as-Syeikh Abdullah al-Awadhi di dalam kitab Raudhah al-A’bidin ( روضة العابدين ) : 

Ramai orang berusaha untuk menyelamatkan hati mereka dari penyakit luaran. Namun sedikit sahaja yang cuba menjaga hati dari penyakit hati yang sebenar. Padahal penyakit hati itu jauh lebih merbahaya dari penyakit hati luaran. Kerana apa ? 

Kerana penyakit hati jika tidak diubati dengan baik akan membawa kepada matinya ruh dan keimanan. Dan apabila matinya keimanan, maka neraka akan menjadi tempat tinggalnya buat selama-lamanya. 

Penyakit hati berupa kufur, nifaq, riya’, ujub, syahwat, syubhat, jahil, sedih, duka, sangka buruk, hasad dengki atau seumpamanya. Semua ini akan merosakkan ruh dan keimanan manusia tanpa mereka sedari. 

Penyakit-penyakit ini tidak mampu diubati atau dirawat oleh doktor-doktor kesihatan. Tetapi ia mampu diubati dengan wahyu. Yang Maha Mencipta hati itulah juga yang Maha Mengubatinya. 

Al-Quran banyak menceritakan jalan mengubati hati yang sakit. Dan dengan al-Quran juga Allah merezekikan kefahaman kepada mereka yang menginginkannya. 

- الشيخ عبد الله بن عبده العواضي، روضة العابدين، ص. ١٧٤، الجيل الجديد ناشرون صنعاء


-Amir Fathy

No comments:

Post a Comment