10 SEBAB KITA TIDAK BOLEH KERJA SEORANG-SEORANG
1) Apabila berpartner, kita boleh berkongsi tanggungjawab bersama-sama. Penat weyh kerja seorang-seorang ni.
2) Kita boleh 'outsources' kan kelemahan kita kepada orang lain. Manusia mana pernah perfect kan. Ibarat kita "menang" apabila membuat roti, tapi "kalah" apabila menjual roti. Di sinilah fungsi seorang partner. Ambil alih kelemahan kita.
3) Beberapa kepala (idea) lebih effektif dari satu kepala sahaja. Apabila berpartner, kita boleh brainstorm bersama-sama. Duduk semeja, cerita perihal bisnes, strategi apa yang perlu di buat dan seterusnya.
4) Berkongsi sumber keperluan. Setiap orang mempunyai berbeza-beza ilmu. Apabila berpartner, kita dapat berkongsi ilmu yang berbeza-beza.
5) Membina atau mencipta sinergi sesama sendiri. Apabila kerja seorang-seorang, bila down terus gesek biola. Apabila berpartner, tak sempat nak down, partner dah cerita berkenaan idea baru dan fresh.
6) Apabila berpartner, kita mempunyai backup. Saling bantu membantu. Jika kita tidak selesaikan masalah A, partner boleh tolong backup untuk bantu sama. Maka, tiadalah semua di atas kepala kita.
7) Apabila kita berpartner, tanpa sedar, kita sendiri boleh push limit kita to the maximum. Kalau dulu takut--takut untuk membuat sesuatu perkara, apabila ada partner, ia menambah keyakinan kita sehingga ke sekali ganda.
8) Mencipta perspektif baru. Partner dapat membantu kita melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza. Kalau selama ini, sudut pandang kita cuma pada satu perkara sahaja, namun apabila ada partner, sudut pandang kita akan menjadi berbeza.
9) Get things done! Dengan berpartner, segala kerja boleh menjadi mudah.
10) Dan sesungguhnya, apabila berpartner, ia mencipta keseronokan bekerja.
Bukankah manusia ini di cipta berpasang-pasangan. Maka, dalam bisnes juga, amat sukar jika semua perkara kita mahu conquer seorang-seorang.
Permulaan mungkin best.
Lama-lama, kita yang lelah.
Di dalam #arisstowarrior, kami semua adalah partner yang bergerak secara berjemaah.
CA tidak bekerja berseorangan. Malahan syarikat bersama-sama membantu CA yang ada. Apabila berjemaah, pendapatan yang sedikit dapat di gandakan.
-Reni Rahmat
No comments:
Post a Comment