Sunday, 21 July 2019

Pandangan Berbeza Terhadap Rezeki

Kalau rezeki itu datang kerana kerja keras, pasti orang paling kaya adalah si kuli banggunan.

Kalau lah rezeki itu datang kerana kepandaian berniaga dan ada PHD dalam perniagaan. Pastinya para pensyarah menjadi orang paling kaya dalam perniagaan.

Dan jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para perdana menteri, presiden & Raja di urutan paling terdepan paling kaya dari 10 orang paling kaya didunia!

Itu lah rezeki, manusia ramai yang tertipu. Disangkanya rezeki lebih baik jika pangkat lebih besar. Lalu terjadilah cantas mencantas, bodek membodek, rasuah dan sebagainya.

Rezeki sebenar tidak mampu dilihat oleh manusia yang tertipu.

Ada orang sangka berkereta besar itu rezeki. Ada pula orang yang anggap solat berjemaah 5 waktu itu rezeki.

Ada orang sangka mempunyai anak berjawatan besar adalah rezeki. Ada pula orang anggap mempunyai anak yang tidak meninggalkan solat berjemaah atau pun hafiz al Quran merupakan satu rezeki.

Ada orang sangka berumah mewah itu rezeki. Ada orang yang anggap tidak mempunyai hutang dan terlibat dengan riba itu rezeki.

Ada orang sangka tidur diatas tilam empuk dalam runah yang besar berhawa dingin itu rezeki. Tetapi ada orang anggap todur dalam keadaan berwudhuk itu rezeki walaupun tidurnya di bawah jambatan.

Itu lah manusia. Rezeki selalu menipu kita.

Selamat mencari rezeki. Jangan guna harta majikan untuk urusan peribadi walaupun sebatang pen atau sehelai kertas. Kita cari keberkatan bukan duit yang banyak!

Dah zikir pagi?

Semoga Allah memudahkan urusan kita hari ini.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!


-Ustaz Ahmad Hasyimi

No comments:

Post a Comment