Sunday, 21 July 2019

Apa Tanda Kita Cinta Pada Allah?

KADAR KECINTAAN KITA PADA ALLAH

Semua orang boleh mendakwa bahawa dia mencintai Allah dan rasul-Nya, namun setiap dakwaan mestilah didatangkan pembuktian, maka apa bukti dan tanda cinta kita kepada Allah? 

Berikut adalah jawapan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:

محبة كلام الله فانه من علامة حب الله 

Cinta pada Al-Qur’an (kalamullah) adalah tanda cinta pada Allah.

وإذا أردت أن تعلم ما عندك وعند غيرك من محبة الله فانظر محبة القرآن من قلبك 

Jika engkau ingin mengetahui kadar cintamu, dan sekitarmu kepada Allah, maka lihatlah kadar kecintaan terhadap al-Quran dalam hatimu.

وإلتذاذك سماعه أعظم من إلتذاذ أصحاب الملاهي والغناء المطرب بسماعهم 

Kelazatanmu (kegembiraanmu) mendengar firman-Nya semestinya jauh lebih besar dari kelazatan yang dirasakan oleh orang yang mencintai musik dan nyanyi-nyanyian. 

فإنه من المعلوم أن من أحب حبيبا كان كلامه وحديثه احب شيئا اليه 

Termasuk perkara yang diketahui oleh semua orang, bahawa sesiapa yang mencintai seseorang pasti mencintai ucapan dan perkataannya juga.

كما قيل

ان كنت تزعم حبي فلم هجرت كتابي … 
أما تأملت ما فيه من لذيذ خطابي

Seperti ucapan seorang penyair:

Jika engkau menyatakan cinta kepadaKu
Lalu mengapa engkau jauhi kitab-Ku

Tidakkah engkau perhatikan apa yang didalamnya
Yang merupakan kelazatan seruan-Ku

وقال عثمان ابن عفان رضي الله عنه لو طهرت قلوبنا لما شبعت من كلام الله وكيف يشبع المحب من كلام من هو غاية مطلوبه

‘Utsman bin ‘Affan radiyallahu anhu pernah berkata:

“Sekiranya hati kita bersih, tentu kita tidak akan pernah puas bersama Al-Quran (kalamullah)”

Bagaimana mungkin seorang pencinta boleh merasa puas mendengar ucapan dari yang di cintainya, sedangkan itulah puncak tujuannya.

-Tamat nukilan dari buku Ad Da’ Wad Dawa’ oleh Ibnu Qayyim-


-Abu Sofiyyah Al Bahari

No comments:

Post a Comment