#11: ‘REPEAT ORDER’.
Apabila kita sudah ada customer, sangat penting untuk kita menjaga mereka. Kita perlu galakkan customer sedia ada membeli lagi atau lakukan repeat order.
.. Berikan mereka offer menarik.
.. Buat follow up!
.. Tanya khabar.
dan banyak lagi!
Cuba fikirkan jalan bagaimana nak tarik customer untuk lakukan pembelian berkali-kali.
Jangan biarkan pelanggan lama lari dari kita! Nak cari pelanggan yang baru perlukan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus pada pelanggan sedia ada.
Artikel berkaitan – 5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’
#12: REFERRAL.
Apa kata minta customer perkenalkan produk anda kepada rakan-rakan mereka.. kemudian, berikan mereka insentif seperti, mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.
Gunakan ayat seperti ini:
As salam tuan,
terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.
Saya nak minta tolong boleh tak?
Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?
Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.
Reply mesej ini jika tuan berminat..
Terima kasih.
-Sifu FB Ads
No comments:
Post a Comment