:: TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH ::
Kita selalu mengambil sesuatu ilmu kerana mahukan kemuliaan diri, tidak mahu diri terus dalam kejahilan, tetapi kita lupa bahawa ilmu itu juga adalah satu tanggungjawab.
Tanggungjawab besar kita para pendakwah untuk menyampaikan ilmu kepada insan-insan lain. Tiada gunanya menguasai pelbagai ilmu agama, tetapi hanya untuk manfaat diri sendiri sahaja.
Sedangkan ramai lagi insan lain terkapai-kapai dalam kejahilan. Bukan kerana mereka tidak cerdik, bukan kerana mereka sendiri memilih untuk berada dalam kejahilan, tetapi kerana kita para pendakwah tidak sanggup turun berdakwah.
Kemampuan manusia itu berbeza-beza. Bukan semua mampu berceramah dengan baik, bukan semua orang mampu menulis dengan baik dan bukan semua orang mampu membaca kitab-kitab Arab yang tebal itu. Kita para pendakwah yang mahir inilah yang harus turun memberi khidmat semampunya.
Para sahabat nabi SAW r.a makan berlaukkan ranting-ranting kayu disepanjang perjalanan dakwah mereka. Sehingga najis-najis yang keluar dari mereka itu seumpama najis binatang ( tahi kambing ).
Moga Allah merahmati kita dan para sahabat r.a.
#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita
-Amir Fathy
No comments:
Post a Comment