Saturday, 20 July 2019

Apple Dipandang Rendah Oleh Nokia, Microsoft, Blackberry Pada 2007?

Demasa iPhone mula pada tahun 2007, tiga orang CEO syarikat teknologi gergasi pada masa itu berikan respon seperti di bawah :

1. ‘Saya tidak rasa apa yang Apple lakukan akan perlukan Nokia ubah pemikirannya dari segi keterbukaan, pendekatan bisnes dan pembangunan perisiannya’. ( Olli-Pekka, CEO, Nokia )

2. ‘iPhone tidak akan dapat peluang untuk kuasai pasaran. Tiada peluang.’ (Steve Ballmer, CEO, Microsoft )

3. ‘iPhone hanyalah salah satu pemain baru dalam pasaran yang sudah tepu. Saya tidak rasa ia akan ubah penguasaan kami dalam pasaran.’ ( Jim Balsillie, CEO, Blackberry )

Nokia dan Blackberry masing-masing kuasai 51% dan 33% pasaran pada masa itu.

Selepas 12 tahun, Blackberry dan Microsoft Phone kini hanya tinggal sejarah.

Telefon pintar Nokia pula hilang dari pasaran pada tahun 2010 sebelum jenama itu dilesenkan kepada HMD Global pada tahun 2016.

-Mazlan Mohamad

No comments:

Post a Comment