Sunday, 21 July 2019

2 Jenis Mindset Close Sales Syarikat Bilion Dolar

SYARIKAT BILION DOLAR GUNA 2 JENIS MINDSET CLOSE SALES INI.

Benda ini pun saya belajar dengan orang lain.

Salah seorangnya adalah Tuan Bukhari Ramli. Beliau banyak tekankan tentang mindset atau cara kita berfikir.

Cara kita berfikir akan menterjemahkan cara kita bertindak.

Begitu juga close sales.

Kalau kita ada mentaliti yang salah, maka sepanjang proses close sales, kita akan buat prospek benci dan malas layan kita.

-

Jadi, apakah mindset close sales yang boleh kita amalkan?

Dalam kelas Tony Robbins, beliau berulang-ulang kali cakap betapa pentingnya untuk ada dua jenis mindset:

1) Serving (Berkhidmat untuk pelanggan).

2) Hungry (Sentiasa dahagakan maklumat daripada pelanggan supaya kita dapat ambil berat tentang mereka).

Dua jenis mindset ini dapat membantu kita mempunyai strategi close sales yang menekankan kepentingan hubungan dengan pelanggan untuk jangka masa panjang.

-
1) SERVING.
-

Close sales adalah satu perkataan yang mempunyai lebih banyak persepsi negatif berbanding positif.

Contoh?

Majoriti peniaga anggap close sales ini hanya ambil duit pelanggan. Manipulasi emosi sampai dia membeli. Dan segala macam persepsi negatif yang bermain dalam minda.

Apa yang kita fikir, itu yang kita akan buat.

Mempunyai mindset serving atau 'mahu berikan khidmat terbaik' kepada bakal pelanggan adalah pendekatan yang sangat berbeza.

Tony Robbins gunakan contoh Zappos.

Zappos bukan syarikat kecil. Ia adalah syarikat bernilai bilion dolar dan bermula dengan menjual kasut saja di laman web.

Jenama ini sangat terkenal dengan cara mereka melayan pelanggan.

Bahagian sales mereka tidak akan biarkan pelanggan tertanya-tanya.

Ada 1 kes di mana produk yang pelanggan nak sudah tak ada stok.

Apa yang Zappos buat?

Mereka tolong carikan produk itu untuk mereka menerusi pesaing-pesaing lain. Apabila sudah dapat produk itu, mereka akan beritahu pelanggan cara untuk dapatkan, di mana kedai terdekat dan sebagainya.

Bagi Zappos, tanggungjawab mereka pula adalah berikan khidmat dan bantuan sampai pelanggan dapat apa yang mereka nak.

-
2) HUNGRY.
-

Apabila kita lapar, kita akan cari jalan untuk dapatkan makanan.

Kita akan cuba macam-macam cara. Kita tak mudah buat keputusan untuk angkat bendera putih a.k.a mengaku kalah.

Mindset HUNGRY dari sudut close sales adalah:

+ Kita mahu ambil berat tentang prospek.

+ Kita mahu kenal mereka sedalam yang boleh. Semaksimum yang mungkin.

+ Kita mahu prospek yakin bahawa kita adalah individu yang bukan saja boleh dipercayai. Bahkan cuba membantu mereka buat keputusan pembelian supaya mereka puas hati.

Secara tak langsung, ia berkait semula pada mindset pertama.

-
MASALAH CLOSE SALES BERLAKU KERANA MINDSET DAN...
-

Sikap kita.

Tapi apabila kita betulkan mindset, kebarangkalian besar sikap kita pun akan turut berubah rentaknya.

Close sales bukan saja melibatkan strategi atau taktik. Walaupun kita sudah gunakan skrip close sales terbaik di dunia, tapi jika mindset atau cara berfikir kita tak betul, maka tak guna juga skrip itu.


- Write To Wealth

No comments:

Post a Comment