Wednesday 14 October 2015

Santapan Rohani Dari SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri

Santapan rohani dari SS Datuk Dr Zulkifli al-Bakri semalam memberikan kelegaan pada jiwa yang mendengarnya. Mutiara kata yang keluar dari lisannya sangat memberi kesan.


Saya melihat beliau adalah contoh ilmuan yang alim dan soleh serta mampu mempamerkan qudwah yang baik bagi sesiapa sahaja yang melihat dan mendengar ucapannya.

Beliau menceritakan bagaimana pelbagai jenis manusia yang beliau perlu layan dipejabat mufti dan yang terbaru beliau menerima kunjungan Ustaz Nouman Ali Khan dan sangat kagum dengan beliau. Katanya Ustaz Nouman Ali Khan minat bahasa arab kerana al-Quran dan belajar sehingga 2 ke 3 pagi untuk menekuni bahasa arab.


Benarlah kata penyair:

من طلب العلا سهر الليالي

Siapa yang mahukan ketinggian ilmu dia mesti berjaga malam untuk mentelaah ilmu

أي :من أراد أن يسمو ويرتقي يجب عليه أن يسهر وليلا ولا ينام للسعي لتحقيق ما يريد

Lihat kepada kesan Ustaz Nouman Ali Khan sekarang itulah hasil dari kesungguhan beliau.
Pesan SS Dr Zulkifli lagi, mesti rajin beli kitab dan baca kitab. Kata beliau para asatizah mesti ada haibah yang tinggi dihadapan masyarakat. Katanya lagi saya mahu buat kursus bagaimana mahu menjadi mufti yang hebat.

Semoga Allah memberkati Mufti hebat ini dan terus diberikan kekuatan untuk memandu ummah terutamanya buat tanah air Malaysia.

No comments:

Post a Comment