Wednesday 14 October 2015

Sumbangan Kewangan Untuk Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL KAUTSAR (PPADK)

Untuk kemasukan pelajar bagi sesi 2016, boleh hubungi Ustaz Muhammad 

( 09-7641340 / 018-9096472 ).

Untuk sumbangan kepada Tabung Pembangunan PPADK Kuchelong, boleh gunakan akaun yang tertera dalam poster.



Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik saudara/saudari sekalian.



Siapa Pengelola Pusat Pengajian ini?

Nama: Muhammad 'Asri bin Yusoff
Lahir: 12-7-1958 di Bukit Abal Pasir Puteh Kelantan
Menetap: Kubang Kerian Kelantan

Pelajaran: Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3, kemudian ke India untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband, kemudian di Madrasah al-Diniah al-Bakriah atau lebih di kenali sebagai Pondok Pasir Tumboh Kelantan, kemudian di India pula menuntut di Nadwatul Ulama Lakhnau, kemudian ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.

Merupakan: pengasas Darul Kautsar (Pusat Tahfiz al-Quran Bahasa Arab dan Ilmu-ilmu Islam Kelantan). Pengarang buku-buku Syiah Rafidhah, Ibnu Ishaq, Kamus Tematik al-Kautsar dll. Pembentangan kertas kerja: telah membentangkan banyak kertas kerja terutamanya tentang Syiah di seluruh Malaysia dan juga di luar negara.

Maulana Muhammad Asri antara ilmuwan yang tidak asing lagi dalam menyampaikan dakwah di Malaysia khususnya di Kelantan dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang yang arif dalam ilmu hadith. Minatnya mendalam pada ilmu hadith dan al quran membuatkan beliau menubuhkan Darul Kautsar yang bertempat di Kelantan. Kuala Lumpur merupakan antara tempat tumpuan beliau dalam mengajar hadith secara talaqqi kepada orang awam. Beliau adalah pengasas Darul Kautsar yang menjadi pusat tahfiz al-quran, bahasa arab dan ilmu-ilmu islam. Maulana juga pengarang buku-buku seperti buku tentang syiah, Ibnu Ishaq, Kamus dan banyak mensyarahkan kitab-kitab hadith. Beliau adalah satu-satunya ulama di Malaysia yang telah khatam mensyarahkan Sahih Al-Bukhari. Jaami’ at-Tirmizi, Misykaatul Masaabih, Sahih al- Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud antara kitab-kitab yang diajar oleh Maulana.

 Pekerjaan: mengajar dan menulis.

INFO PENUBUHAN
Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) yang telah diasaskan pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof adalah sebuah pusat / institusi pengajian menghafaz al-Qur'an serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab yang berlandaskan kepada penekanan pengajian serta pengamalan al-Qur'an dan as-Sunnah di dalam kehidupan seharian. Kemuncak silibus pengajian kitab adalah Dauratul Hadits. Darul Kautsar memainkan peranan membimbing generasi Islam ke arah menjadi insan yang berilmu serta beramal berdasarkan galian dan sumber-sumber yang tulen dan sahih.

Objektif  PPADK
♦ Memimpin ke arah generasi ilmuan.
♦ Melahirkan generasi Rabbani yang berpegang kepada pada al-Quran dan as-Sunnah.
♦ Melahirkan ilmuan yang mantap dalam disiplin pengajian Islam dan bahasa Arab.
♦ Memulihara sebarang dakwaan / fakta yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam samada yang diseleweng mahupun yang direka.
♦ Memelihara sistem pengajian hadits (Dauratul Hadits) sunan sittah yang telah dilaksanakan dengan jayanya di pusat-pusat pengajian hadits di benua kecil India.

Visi PPADK
Melahirkan individu-individu yang memahami kan- dungan al-Quran dan al-Hadits serta beramal berdasarkan sumber yang benar dan sahih di samping  berkemampuan membersih dan menyebarkan fakta-fakta yang benar kepada masyarakat.

Kurikulum Yang Ditawarkan
· Sistem Hafiz bagi pengajian Tahfiz.
· Sistem Talaqqi bagi pengajian ilmu-ilmu Islam.
· Kurikulum Kementerian Pelajaran untuk UPSR, PMR & SPM (opsyenal).
· Kurikulum Yayasan Islam Kelantan untuk SMU & STAM (opsyenal).

Ingin Menderma?
Sumbangan dalam bentuk tunai atau bahan-bahan binaan amat-amat diperlukan. Pembangunan Kompleks PPADK ini bergantung sepenuhnya atas sumbangan orang ramai.
1) Akaun Bank Islam (M) Bhd
Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong
No. Akaun: 030-180100875-82
2) Akaun Maybank Islamic
Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong
No. Akaun: 5531 0456 5893



[Bantu Darul Kautsar] Video :


 Setelah Mendengar Ini... Marilah Sama-sama Kita Bantu Darul Kautsar

No comments:

Post a Comment