Saturday 17 October 2015

Kempen Semak Hadis Sebelum Sebar

Ali: Ni kempen apa ni?

Abu: Kempen semak hadis sebelum sebar. Kita kena jaga jangan tersebar hadis palsu.


Ali: Habis tu kau nak lawan hadis nabi saw yang sebut
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً،
sampaikan daripada ku walau 1 ayat.
Asyik nak semak je, bila nak sebar?

Abu: Alhamdulillah, betul hadis tu, tetapi kenapa kau baca separuh sahaja. Cuba kau baca hujung hadis tu.

Ali: Aku mana hafaz hadis. Kenapa dengan hujung hadis tu?

Abu: Mai sini, aku buka dekat internet, ini website www.sunnah.com
Hah tengok aku search perkataan بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Dah dapat pun.

Ali: Mana?

Abu: Ni, kau tengok, dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya', Bab Ma Dzukira 'An Bani Israel, hadis no: 3461. Cuba kau baca awal dan hujung hadis.

Ali: Okey, aku baca kau dengar ya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Daripada 'Abdullah bin 'Amru', bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sampaikan daripada ku walau 1 ayat. Ceritakanlah kisah daripada bani Israel, tidak salah melakukannya. Sesiapa yang berdusta ke atas ku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di neraka.

Abu: Nah, faham kan. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam suruh sampaikan, tetapi jangan berdusta.

Ali: Tetapi aku bukan sengaja. Aku dengan orang kata, aku sampaikanlah. Bukan aku ada niat nak menipu guna nama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

Abu: Okey, ni kita pi balik dekat web www.sunnah.com tu, kita buka Sahih Muslim, pergi dekat bahagian mukadimah, tengok apa riwayat yang Imam Muslim bawakan.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ
Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]
مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]

Ali: Ooooo. Susahlah macam tu.

Abu: Tak susah. Sebar apa yang kita pasti sahaja. Ni aku dah tunjuk kat engkau www.sunnah.com, kau gunalah sebaiknya. Ambil hadis-hadis Sahih al-Bukhari, Muslim yang ada.

Ali: Ooo, bagus juga web ni. Terima kasih Abu.

Abu: Kasih mu ku terima.

Ali: Ish, kasih ku buat isteri ku sahaja. Aku 'straight' okey!

Abu: Hahahah.
*Ulama membahaskan maksud tidak salah menyebarkan cerita daripada Bani Israel. Antara syaratnya ialah hendaklah ia tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.
*Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan dalam Fathul Bari:
وَقَدِ اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى تَغْلِيظِ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ مِنَ الْكَبَائِرِ
Ulama telah bersepakat tentang seriusnya pendustaan ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan ia merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar.



Sumber

No comments:

Post a Comment