Wednesday 14 October 2015

Zikir Selepas Witir, Sunnah Yang Dilupakan

Kepada Imam & Makmum!!
Selesai solat witir bacalah zikir ini,
Hidupkan Sunnah yang dilupakan oleh sebahagian besar para imam terawih!!
Baca penjelasannya di:
ZIKIR SELEPAS WITIR, SUNNAH YANG DILUPAKAN


سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Subhanal Malikil Quddus (3x)

'Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُوتِرُ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } وَ { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ }

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat witir dengan membaca surah al-A'la, al-Kafirun dan al-Ikhlas.

وَإِذَا سَلَّمَ قَالَ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . ثَلاَثَ مَرَّاتٍ يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ .


Selepas memberi salam, baginda akan membaca: Maha Suci Yang Maha Memerintah lagi Suci. Baginda membacanya tiga kali, kemudian pada kali yang ketiga baginda memanjangkan suaranya dan meninggikan suaranya.

[Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyamullail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1754, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu':

يُسْتَحَبُّ أَنْ يَقُولَ بَعْدَ الْوِتْرِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Digalakkan membaca selepas witir sebanyak tiga kali 'Subhanal Malikil Quddus'.
Ibn Qudamah menyebutkan dalam Al-Mughni:

يُسْتَحَبُّ أَنْ يَقُولَ بَعْدَ وِتْرِهِ : سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثًا ، وَيَمُدَّ صَوْتَهُ بِهَا فِي الثَّالِثَةِ

Digalakkan membaca selepas witir 'Subhanal Malikil Quddus' sebanyak tiga kali. Dan memanjangkan suaranya pada kali yang ketiga.

Kesimpulan:

1- Bacaan ini sunat dibaca selepas witir, tidak kira di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan.
2- Ia dibaca oleh semua yang mendirikan witir tidak kira solat secara berjemaah atau bersendirian, di rumah ataupun di masjid.

Ringkasan daripada

http://islamqa.info/ar/221433
| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

Lihat Video ini Tentang Witir;
AAM 1434; Hukum Solat Witir, Bolehkah Solat Tahajud Kalau Sudah Witir Bersama Imam?

https://youtu.be/1yew_3H7L5Q
*https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/photos/a.501949123165060.137797.124946954198614/921567687869866/?type=3&theater
====
[Zikir Selepas Witir]
Ini merupakan antara sunnah yang dilupakan.
Membaca
عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ " كَانَ يُوتِرُ بِ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ , وَيَقُولُ بَعْدَ مَا يُسَلِّمُ : " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ " يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَهُ .
'Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat witir dengan membaca surah al-A'la, al-Kafirun, dan al-Ikhlas. Apabila selepas memberi salam, baginda membaca "Subhanal Malikil Quddus (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam meninggikan suaranya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1740]
Baginda juga akan memanjangkan bacaan itu pada lafaz kali yang ketiga sebagaimana dalam riwayat ini:
يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ
Baginda memanjangkan suaranya pada lafaz kali ketiga dan menguatkannya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1743]
‪#‎MMMR‬, 1435.

Sumber 

No comments:

Post a Comment