Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan
status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis
apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang
tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan
beliau yang saya copy terus dari status beliau:
"Tahukah anda,
terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di
kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri
secara tersembunyi?"
Saya yakin ramai orang Islam yang membaca
tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum
akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti
ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan
awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?
Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?
Jawab beliau:
"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"
Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang
betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam?
Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah
medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya
lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia?
Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu?
Jawab beliau:
"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar
perkampungan (saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung
jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan
saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu"
Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi
sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana
(mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan
beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi
sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana
dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram?
Sepanjang saya bermuamalat
dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu
bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan
dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah.
عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع
Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw:
"Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa
sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)
Jika ia benar sekalipun, ia
tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan
mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram.
الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"
Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu,
dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada
keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah
suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang
berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata
sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat
dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula
kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita
tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam
sendiri atau musuh-musuh Islam.
Saya tanya beliau kenapa ambil
khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk
memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak
memberi teguran terus kepada pihak berkuasa?
Jawab beliau:
"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu
tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam
pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan
berselisih lagi nanti"
Apakah jika tidak berani memfitnah tanah
haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan
tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada
pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan
amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi
jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran.
Bukankah itu lebih baik? Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika
tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang!
dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan
keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran
seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk
seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa
tujuan yang jelas.
Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi
telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama
disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta
pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri
yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan
untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan
solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah
beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati
sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai
ditutup kesemunya. Subhanallah.
Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan
wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua
umat Islam?
Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar
bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi
kepentingan nafsu dan agenda mereka? Apakah kita masih jahil bahawa IRAN
sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah
seperti Arab Saudi? Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka
seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang
tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa
sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah
agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama
sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan
kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq
agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya.
PERSOALAN TERAKHIR:
1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang
mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan
menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan
menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu
dendam?
2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah
semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah
langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan
syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup?
Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu?
Tidakkah
beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan
telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya
kerana kata Nabi saw
لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله
"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari)
3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata
beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan
berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang?
apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan?
عن المبارك قال :
كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر
في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره
Berkata Ibn Mubarak:
"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang
dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi,
sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya
(dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang
melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia
sebarkan aibnya(saudaranya)."
Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim?
4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat,
dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh
Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa!
5.
Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada
pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah
melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang
sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan,
arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di
Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah?
6. Tulisan beliau di status:
"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad
saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna
tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci
walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak
sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang
dari 0.5% sahaja"
Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid,
bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara? Apakah Tanah
suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu
cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka
apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah
pelacur dan keburukan-keburukan lain?
7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut?
Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan
ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan
boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini.
Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat
berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini
saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN
SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA
KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara! Contohilah
akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri "
saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah!
Rasulullah saw bersabda:
من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari
hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin
terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat
demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul.
Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita
masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak
manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih. Wallahu'alama
bissawab
"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk
manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang
berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran:
96)
Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA
Sumber
No comments:
Post a Comment