Thursday 1 October 2015

Kisah Penegak Sunnah Dan Kenapa Saya Dipanggil Ustaz Budak Besar?

Sedikit coretan...
Ada yang bertanya pada saya, "kenapa ust ni org panggil US BUDAK BESAR?" Jarang saya cerita kenapa
.


Sebenarnya panggilan tu di beri mungkin sebab saya besar dan juga Alhamdulillah Allah bagi kemampuan pada saya berceramah dalam usia 16 tahun.


 Tempat bermula tazkirah saya di Masjid Tengku Zainal long di kampung saya. Apabila orang kampung minta tazkirah. Saya cuba ulas pada ketika itu buku tuan guru nik abdul aziz. Dan saya minat berceramah sejak dari bangku sekolah. Sehingga lah saya ke darul kauthar kubang kerian. Dan tambah2 sikit ilmu dengan maulana asri. Allah bagi peluang saya ke yaman tp mengaji gitu2 je lah. Sekarang Dr ismail Lutfi tawarkan sambung di tempat dia, insyaa Allah saya amat berminat. Saya mula kenal sunnah sejak saya di Darul Kauthar. Alhamdulillah Allah buka pintu hati untuk mengaji sunnah. 

Cabaran dalam dakwah pelbagai2. Saya masih ingat di rampas mic semasa berceramah. Polis datang dan masa tu orang suruh saya berhenti dan larikan saya. Alhamdulillah tak kena tangkap. Cabaran orang fitnah macam2. Tapi saya maafkan mereka semua. Kalau ikut hati yang sakit sampai bila pun xhabis. Tetapi itu semua pengajaran bagi saya bahawa bukan senang nak tegakkan Islam.
Dan sekarang saya sudah buat keputusan saya ingin wakafkan diri saya untuk perjuangan menegakkan sunnah dan hapuskan bidaah yang ada. Biar apa sahaja rintangan yang saya lalui. Minta doa semua rakan2 Insyaa Allah.


Sumber 

No comments:

Post a Comment