Wednesday 14 October 2015

Hidupkan Amalan Sunnah Yang Mudah Tetapi Semakin Dilupakan Ummah

Terdapat empat tempat yang thabit bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam membaca Al-Mu'awwizat 
(Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nas).


1) Selepas setiap kali selesai Solat Fardhu
Sumber : Hadith Sahih riwayat Imam Abu Daud

2) Zikir waktu pagi - dibaca sebanyak 3x
Sumber : Hadith Sahih riwayat Imam at-Tirmizi dan Imam Abu Daud
 
3) Zikir waktu petang - dibaca sebanyak 3x
Sumber : Hadith Sahih riwayat Imam at-Tirmizi dan Imam Abu Daud

4) Zikir sebelum tidur - dibaca sebanyak 3x dan disapu pada muka dan badan yang dapat dicapai.
Sumber : Hadith Sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam di dalam rutin harian kita khususnya ketika sunnah Baginda semakin dilupakan oleh ummatnya.

2) Ajarkanlah isteri dan anak-anak serta sesiapa sahaja yang boleh kita sampaikan.

3) Sebarkanlah amalan sunnah yang mudah ini sebanyak mungkin.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa beramal dengan sunnah Nabi-Mu khususnya ketika sunnah Baginda semakin dilupakan."

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Semenyih, Selangor.
Sabtu, 26 Zulhijjah 1436H - 10 Oktober 2015.
 

No comments:

Post a Comment