Saturday 17 October 2015

Bid'ah : Antara Yang Dibolehkan Dan Dilarang

1- Bid'ah yang diharamkan.

Perkara baharu yang diada-adakan dalam tatacara beribadah sama ada dalam bentuk pengurangan atau pun tokok tambah terhadap ibadah yang sedia diajarkan oleh Nabi. Termasuk dalam larangan ini juga ialah segala bentuk tatacara ibadah yang lansung tiada dasarnya daripada sunnah Nabi yang sahih, baik yang fardu mahupun yang sunat. Sabda Nabi:


مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

"Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu yang berkaitan urusan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. [Shahih al-Bukhari, no. 2697]
Juga dalam hadis yang lain:


مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

"Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. [Shahih Muslim, no. 1718]


2- Bid'ah yang dibolehkan.
Iaitu perkara baharu dalam urusan keduniaan / muamalah yang memberi manfaat kepada umat dan perjalanan syariat. Sabda Nabi:

أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِدُنْيَاكُمْ

"Kamu lebih tahu urusan dunia kamu. [Shahih Muslim, no. 2363]
Sabdanya lagi dalam hadis yang lain:

إِنْ كَانَ شَيْئًامِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَشَأْنُكُمْ بِهِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أُمُوْرِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ.

"Jika sekiranya sesuatu itu (berkaitan dengan) urusan dunia kamu, maka uruskanlah dengannya dan kalau sekiranya (ia berkaitan dengan) urusan agama kamu maka kembalikanlah kepada aku." [Sunan Ibnu Majah, no. 2462]

Sumber

No comments:

Post a Comment