Saturday 17 October 2015

Bersabarlah Wahai Para Ghuroba (Terasing)

Bersabarlah wahai para ghuroba [terasing], genggamlah sunnah dengan sekuat²nya. Walau banyak cacian, makian, hinaan, fitnah yg dilontarkan kepada kita, bersabarlah.. tetap sampaikan yang haq, bukankah perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya begitu banyak menerima tantangan?




Ingatlah bagaimana pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Islam yg murni, yang jauh daripada kebathilan. kuatkan barisan sunnah kalian, jangan mudah menyerah. disaat kita berfikir untuk menyerah, tengoklah dibelakang.. sudah berapa jauhkah ita melangkah, sudah berapa banyakkah rintangan yg kita lalui. semudah itu sahajakah kita mengangkat tangan?

Teruskanlah perjuangan kita dalam membela tauhid dan sunnah. jumlah kita sedikit? jangan bersedih.. tidak mustahil bagi Allah memenangkan golongan yg sedikit sedangkan Nabi Allah Ibrahim di katakan membawa perpecahan di zamannya oleh kerana beliau berjuang untuk menghapuskan syirik dengan meruntuhkan berhala.

Nabi Muhammad di tuduh memecah belahkan umat yang pada ketika itu bersatu dengan agama nenek moyang yang sama juga menyembah berhala. Nabi dituduh gila, ahli sihir, pendusta.dan berbagai bagai lagi sehingga di ancam bunuh oleh berbagai kabilah.

Kini golongan sunnah juga di cerca dan dikeji dan dikatakan sebagai golongan yang suka membidaahkan orang, menerakakan orang, memecah belahkan masyarakat dan adat melayu sejak lama lagi.

Sunnah di label sebagai wahabbi yang amat bahaya daripada syiah. Begitu dasyatnya ujian bagi mereka yang mahu menjunjung sunnah. Kadangkala hendak menegakkan sunnah terpaksa sorok sorok dan menyendiri. Seolah olah menjadi asing pula.

Bersemangatlah wahai para ghuroba... ingat janji Allah dlm surah al ahzab ayat 21 :

Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar. Allahu Akbar !!

Sumber 

No comments:

Post a Comment