Berikut adalah rancangan Syiah yang dibincangkan di peringkat
tertinggi untuk proses men'syiah'kan Malaysia. Perbincangan ini dihadiri
oleh ramai tokoh penting Syiah Malaysia-Indonesia dan seorang pakar
strategik dari negara Iran sekitar 6 tahun lepas. Di satu tempat di ibu
negara.
Pendedahan ini oleh seorang hamba Allah yang telah
bertaubat dari Syiah. Harap Allah selamatnya yang dalam ketakutan dari
ancaman Syiah. Tolong doakan.
Berikut adalah langkah langkah utama strategi dakwah Syiah di Malaysia;
1. Mempengaruhi golongan berpengaruh; ahli politik, tokoh, media, penulis, agamawan, ahli peniagaan dll.
Tindakan : Hal ini dilakukan di semua peringkat. Beberapa tokoh diberikan keistimewaan dan melawat Iran.
2. Menggunakan kaedah taqiyah (pura-pura) untuk masuk ke kedudukan penting dalam kerajaan seperti polis, KDN, pejabat PM dll.
Tindakan : Kadang-kala perlu berpura pura menghentam Syiah padahal hati
bersama Syiah seperti apa yang dilakukan oleh orang tertentu dalam KDN.
3. Membesar- besarkan jumlah Syiah di Malaysia untuk menakutkan pihak
kerajaan tentang kekuatan Syiah agar mereka tidak mengganggu Syiah di
Malaysia.
Tindakan : Ini telah dilakukan oleh seorang agama
simpati Syiah di KDN yang bertaqiyah menentang Syiah, kononnya Syiah di
Malaysia beratus ratus ribu.
4. Menyebarkan kepentingan ajaran
Islam itu bersumberkan Ahlul Bait (keluarga Nabi s.a.w). Langkah-langkah
ke arah doktrin itu wajib diambil.
Tindakan: Menyebarkan dan
membesarkan golongan habib dan syed supaya lama kelamaan masyarakat
lebih dekat dengan imam-imam Syiah yang berketurunan Nabi s.a.w.
5. Memesrakan masyarakat dengan ajaran Syiah seperti berdoa dengan
memanggil nama imam-imam seperti Ya Ali! Ya Ali Madad! Ya Fatimah! Ya
Husain dll. Doktrin JAKIM yang melarang hal ini hendaklah dikaitkan
dengan wahabi.
Tindakan : Golongan tarekat, Brahlewi, Ahbash dan
semua yang berdoa memanggil wali-wali dalam doa mereka hendaklah
disokong dan dikaitkan dengan ajaran ASWJ. Sesiapa yang tidak bersetuju
dianggap musuh ASWJ ataupun wahabi. Dengan itu mudah selepas ini untuk
mereka menerima Ya Ali Madad, Ya Husain dll dan tidak berani lagi
menuduh Syiah sesat.
6. Membiasakan masyarakat dengan amalan
memuja peninggalan imam-imam 12 seperti kubur, kasut, baju, dll.
Menangis dan meratapi bekas bekas mereka.
Tindakan : Menyokong
dan membantu menyuburkan amalan memuja barang barang lama peninggalan
orang-orang alim sunni seperti kasut, baju dll. Sesiapa yang tidak
bersetuju maka dikaitkan dengan wahabi. Jika mereka boleh memuja
peninggalan tokoh sunni, inikan pula kesan kesan keturunan Nabi iaitu
imam-imam 12.
7. Mengaitkan penentang Syiah dengan wahabi dan Arab Saudi.
Bekerjasama dengan pro-syiah seperti Ahbash, Ustaz Syeikh Zamihan al-Gari (aliran Syiah Saggof) dll.
Tindakan: Tanpa perlu bela Syiah, tapi membela amalan amalan Syiah dan
mengaitkan sesiapa yang menentang amalan itu sebagai wahabi. Akhirnya
masyarakat kita tidak fobia lagi dengan Syiah.
8. Menjenamakan
amalan-amalan Syiah seperti cara berdoa, mengambil berkat, bernasyid,
bersolawat, berirama zikir sebagai amalan sunni tulen. Amalan itu
diterima oleh ASWJ.
Tindakan : Tujuan supaya ajaran Syiah tidak dianggap asing dalam negara ini. Pro-Syiah dari Indonesia banyak membantu.
9. Mengujud ataupun menyokong kumpulan pro-syiah berwajah sunni dengan
nama ASWJ mazhab Syafie dan Ashaari. Mereka berperanan menyibukkan
masyarakat untuk menyerang sesama sunni.
Tindakan : Ini melalui persefahaman dengan aliran Ahbash, Pertubuhan ASWJ dll.
10. Menjatuhkan kredibiliti tokoh ulama penting sunni yang kuat menjawab Syiah iaitu Ibn Taimiah dan Ibn Qayim.
Tindakan: Pihak pro-syiah hendaklah menyebarkan bahawa kedua tokoh
tersebut sesat dalam bab-bab yang lain. Agar buku dan hujah mereka tidak
dibaca. Ini kerana hujah kedua-duanya dianggap paling tajam dan berbisa
untuk Syiah.
11. Larikan fokus isu Syiah kepada isu lain seperti perang, Palestin, wahabi, Amerika dll.
Tindakan: Jika ada usaha usaha kempen menentang Syiah, pihak Syiah
hendaklah mengepalai supaya fokus dapat dialih dan dikurangkan. Seperti
jik mereka hendak lawan Syiah cakap wahabi lebih bahaya. Amerika yang
memecah belah kita dll.
12. Berbaik dengan badan-badan hak asasi manusia dan tokoh-tokoh tempatan.
Sumber
No comments:
Post a Comment