Saturday 17 October 2015

Masa Untuk Berdoa. Apakah Tips Agar Doa Mustajab?

Jabir Radiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
Pada hari Jumaat terdapat dua belas masa, padanya terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan doa itu. Berusahalah mencari waktu tersebut pada hujung waktu Asar. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, hadis no: 1400. Shaikh Muqbil menyatakan ia hadis hasan. Lihat as-Sahih al-Musnad: 251]


Apakah tips agar doa kita mustajab?




1- Meninggalkan perkara yang haram

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua.


وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ ، فَقَالَ :
Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul. Allah berfirman:

يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ سورة المؤمنون آية 51 ، وَقَالَ : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ سورة البقرة آية 172 ،
Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51]. Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172]

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ ،
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu. Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai tuhan, wahai Tuhan’,

وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu?
[Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]

2- Mendoakan orang lain
Ummu ad-Darda’ radiallahu ‘anha berkata: Suami aku menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ : الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan mereka, maka malaikat akan berkata: Amin, dan untuk engkau seperti itu. [Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Dua’ wa at-Taubat, hadis no: 4919]

3- Yakin

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ ، فَإِنَّهُ لَا مُكْرِهَ لَهُ
Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau Mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau Mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]

4- Tidak tergesa-gesa

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ : دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي
Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]

5- Khusyuk

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

دْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin akan diterima. Ketahuilah, Allah tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3426, gharib. Shaikh al-Albani berkata dalam Sahih al-Jami’: Hasan lighairihi]

Sumber 

No comments:

Post a Comment